Ini mungkin berita yang korang nanti-nantikan.
Terbaru, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim memberitahu Dewan Negara bahawa pindaan terhadap Akta Pekerjaan 1955 akan dibuat di mana waktu bekerja akan dikurangkan dari 48 jam seminggu ke 45 jam seminggu bermula 1 September ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Etika ‘Inemuri’ Di Jepun, Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja
Aturan kerja fleksibel
“Setakat hari ini, masih belum ada lagi cadangan untuk kita tetapkan waktu bekerja empat hari seminggu pada peringkat kementerian.”
Dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, pada Selasa, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pindaan tersebut bakal berkuat kuasa bagi menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Selain itu, pindaan tersebut juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel yang membolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja.
Permohonan untuk bekerja dari rumah bagi situasi terdesak seperti pandemik COVID-19 juga termasuk dalam aturan kerja fleksibel di bawah pindaan tersebut.
Tapi ingat walaupun masa kerja disingkatkan, kena bijak rancang waktu juga untuk siapkan tugasan yang diberikan.
BACA LAGI : Hanya Perlu Buat Surat, Pekerja Boleh Mohon WFH Bermula 1 September!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.