Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini mengumumkan langkah penting untuk memansuhkan beberapa peperiksaan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Keputusan ini bagaimanapun mendapat perhatian ramai pihak, termasuk guru, ibu bapa, dan masyarakat umum.
Menurut Menteri Pendidikan, langkah ini diambil demi memastikan kesejahteraan murid diutamakan serta mengurangkan tekanan yang mereka hadapi dalam sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.
Ads
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Tekanan Akademik Punca Kebimbangan
Sistem pendidikan yang terlalu tertumpu kepada peperiksaan telah lama dikritik kerana menimbulkan tekanan kepada murid. Ramai murid terpaksa menghabiskan masa yang panjang untuk mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kelas tambahan, sehingga mengabaikan aspek perkembangan lain seperti kreativiti, sosial, dan emosi.
Menteri Pendidikan menekankan bahawa tekanan akademik yang melampau boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental murid. Kajian menunjukkan bahawa murid yang tertekan akibat peperiksaan cenderung mengalami masalah seperti kebimbangan, kemurungan, dan keletihan. Langkah pemansuhan peperiksaan ini dilihat sebagai satu cara untuk mengurangkan beban mental tersebut.
Ads
Pendekatan Berasaskan Pembelajaran Holistik
Menurut KPM, pemansuhan peperiksaan bertujuan untuk memperkenalkan pendekatan pembelajaran yang lebih holistik. Murid akan dinilai berdasarkan aktiviti pembelajaran yang lebih praktikal seperti kerja projek, pembentangan, dan aktiviti ko-kurikulum. Pendekatan ini membantu murid membangunkan kemahiran insaniah, pemikiran kritis, dan kreativiti yang amat diperlukan dalam dunia moden.
Selain itu, guru juga diberikan ruang untuk melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih fleksibel dan interaktif, tanpa perlu tergesa-gesa untuk mengejar silibus bagi persediaan peperiksaan.
Ads
Walaupun terdapat kritikan daripada segelintir pihak yang bimbang pemansuhan peperiksaan akan menurunkan tahap disiplin dan pencapaian akademik murid, majoriti ibu bapa dan pakar pendidikan menyambut baik langkah ini. Mereka percaya bahawa sistem penilaian baharu ini dapat menghasilkan murid yang lebih seimbang dari segi intelek dan emosi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jabatan Siasatan Anti Narkotik Polis Mumbai akan memulakan siasatan terhadap pelakon wanita Kangana Ranaut yang disyaki terlibat dengan rangkaian dadah.
Menteri Dalam Negeri India, Anil Mukesh memaklumkan yang pihak polis sedang menyiasat bahawa ada kemungkinan pelakon yang tersenarai dalam antara aktres yang menerima bayaran tertinggi di India itu mengambil dadah.
Sebagai balasan terhadap pertuduhan itu, Kangana dalam satu hantaran di laman Twitter mencabar pasukan keselamatan supaya melakukan ujian pengesanan dadah terhadap dirinya.
“Saya sangat gembira untuk melakukan ujian. Polis Mumbai dan Anil Mukesh sila lakukan ujian dadah, siasat rekod pangilan say jika anda boleh menjumpai sebarang hubungan dengan pengedar dadah, saya akan terima kesalahan itu dan akan meninggalkan Mumbai buat selama-lamanya. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan anda.”
Untuk pengetahuan anda pelakon berusia 33 tahun ini telah mula menceburi dunia hiburan Bollywood sejak zaman remaja lagi. Dia mula muncul di layar perak menerusi filem 'Gangster pada' 2006 ketika berusia 16 tahun. Menerusi filem ini dia dianguerahkan Best Female Debut di Global Indian Film Award.
Awal tahun ini, pelakon tersebut menerima anugerah berprestij kebangsaan India, Padma Shri atas sumbangannya di dalam bidang perfileman. Anugerah tersebut merupakan anugerah keempat tertinggi diberikan oleh kerajaan India kepada rakyat negara itu.
Sumber: Time of India
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sebut mengenai stor perabot dan aksesori Sweden, IKEA, kami akui ramai yang suka berkunjung ke sana.
Bukan sekadar untuk menjamu hidangan meatball dan karipap telur yang rasanya cukup oomph, IKEA juga serba lengkap! Pembeli akan ralit melihat satu persatu barang keperluan rumah. Sangat terkenal kerana kualiti dan rekaan terkini, IKEA menjadi pilihan di mana-mana cawangan di seluruh dunia.
Namun baru ini ada sesuatu yang kurang enak sedikit mengenai IKEA khususnya kepada mereka yang kurang senang terhadap golongan songsang; yakni LGBTQ.
Hal ini setelah IKEA mengeluarkan katalog yang secara khusus mempromosikan golongan berhaluan kiri ini.
Jelas tertera di katalog tersebut bahawa mereka disokong bersempena sambutan Pride Month pada bulan ini.
Bagaimanapun harus diingat bahawa kempen ini bukanlah untuk pasaran IKEA Malaysia.
Carian REMAJA mendapati, katalog mesra LGBTQ ini bermula dari bulan ini sehingga tamat bulan Ogos menerusi satu kenyataan di Facebook IKEA Amerika Syarikat.
Bagi setiap pembelian beg STORSTOMMA (kecil), 30 peratus daripada hasil jualan akan diserahkan kepada Ali Forney Center dan Los Angeles LGBT Center.
Laman web sama juga mengalu-ngalukan jualan tersebut!
“Kami yakin setiap rakan sekerja kami berhak menjadi diri mereka semasa bekerja. Kami percaya ini mewujudkan persekitaran kerja yang lebih terbuka. Kami melihat kehadiran golongan LGBTQ adalah tanggungjawab semua orang.
Teks sebenar:
(At IKEA, everyone is welcome. We believe each of our co-workers has the right to bring their entire self to work and believe this creates a more open and accepting work environment. We see LGBT+ inclusion as everyone’s responsibility)
Hhm, apa pandangan korang jika perkara seperti ini terjadi di Malaysia?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah ‘Royal Family’ sememangnya sentiasa mendapat liputan yang cukup sensasi daripada pelbagai media terutamanya keluarga diraja British yang dikepalai oleh Queen Elizabeth II.
Walau apa jua orang memperkatakan tentang mereka namun hakikatnya berita tentang Royal Family sentiasa menjadi bualan ramai dan tular di laman media sosial. Dan semalam Kensington Palace telah mengumumkan berita yang cukup menggembirakan keluarga diraja ini dan juga seluruh rakyat Great Britain.
Menerusi Instagram rasmi Kensinton Palace, mereka mengumumkan berita kehamilan isteri Prince Harry iaitu Megan Markle. Pasangan yang berkahwin pada awal tahun ini di beritakan cukup gembira dengan berita ini dan turut berkongsi kebahagian ini bersama rakyat jelata.
Menurut pengumuman di Instagram tersebut, ‘the royal baby’ dijangka akan dilahirkan pada bulan Mac 2019. Pasangan yang memegang gelaran Duke dan Duchess of Sussex ini turut melahirkan rasa penghargaan kepada sokongan daripada masyarakat pelbagai lapisan di seluruh dunia yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
Kedua-dua mereka kini berada di Australia di atas lawatan rasmi ke negara tersebut. Berita kehamilan ini turut mendapat reaksi daripada selebriti-selebriti terkenal seperti Ellen DeGeneres, Andy Lee, Lily Allen, Bec Judd dan ramai lagi.
Rata-rata memang cukup teruja dengan berita ini dan tidak kurang juga yang berjenaka sambil mengucapkan tahniah.
British Army turut mengucapkan tahniah buat pasangan Prince Harry dan Megan Markle di atas berita gembira ini.
Is it gonna be baby boy or baby girl? Hiks!
Tahniah Prince Harry & Megan!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti televisyen popular, Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga apabila puteri sulungnya, Indah Sutera Jannah, mendaftar masuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), baru-baru ini.
Menerusi...