Hobi & Minat

Sains Tulen Tak Relevan & Susah Dapat Kerja, Pilih Kursus Ada Aplikasi

Share

Keputusan SPM baru diumumkan dan ramai pelajar sedang memilih jurusan untuk ke universiti. Bagi yang sudah ada perancangan, mudah untuk mencari hala tuju, namun ada juga pelajar yang masih keliru, terutama yang berminat dalam bidang sains.

ARTIKEL BERKAITAN : Alumni SM Sains Selangor, Miliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Pesona Mierul Aiman Kian Mekar

Seperti yang telah dikongsi oleh ahli kimia berdaftar ini, sebagai individu dari bidang Sains, Mas Faiz berkongsi beberapa perkara penting kepada pelajar yang baru habis SPM supaya mereka tahu hala tuju dan tidak tersalah langkah.

Berikut adalah tip sambung belajar, skill relevant, peluang pekerjaan dan tangga gaji di Malaysia yang berkaitan dengan Sains.

1. Malaysia ialah bukan negara pencipta (Fundamentalist), tapi ialah negara pengguna teknologi (Technologist). Kepada yang minat bidang Sains, pilihlah kursus yang ada aplikasi:

Pilihlah kursus yang ada aplikasi.

Contoh:

  • Applied science
  • Engineering
  • Medical
  • Pharmacist
  • Data Analyst
  • Computer Science IT

Elakkan bidang core Sains seperti:

  • Pure Mathematics
  • Astrophysics
  • Aerospace
  • Chemistry
  • Biologi
  • Gelogi
Foto: AZoNano

Peratus pekerjaan di Malaysia menurut Jabatan Perangkaan Malaysia:

  • Engineering – 15%
  • Medical – 15%
  • Finance – 20%
  • Admin – 20%
  • IT – 15%
  • Pure Science – 5%

2. Jadi, kalau korang betul-betul minat Sains nak buat apa?

  • Apply kursus Maths, Bio, Kimia, Fizik dan cuba maintain GPA (pointer akademik)
  • Universiti mana-mana tak penting, pilih yang bersesuaian
  • Belajar skill relevant dalam industry technology dan apply sijil kelayakan

Contoh technical skill dan software industry yang diutamakan:

  • Microsoft Office (Words, Excel, Powerpoint)
  • Drawing (AutoCAD, Mathlab, SolidWork)
  • Design (Adobe photoshop, PremierPro)
  • Data Analyst (SQL, SAP, Python)

3. Universiti mana okay? (Bidang Sains)

Untuk sarjana muda/bachelors, sebenarnya semua sama sahaja. Swasta boleh, awam pun boleh.

Tip: Jangan terpedaya dengan ranking universiti kerana itu hanya ranking research dan bukannya academic excellence.

Foto: MD Duran

4. Belajar tingi-tinggi tapi tak ada kerja

Kenyataan ini datang semula ke penyataan (1), Malaysia bukan negara pembina. Contoh, semudah panadol, tapi tak ada syarikat Malaysia yang buat. Minyak, kita beli minyak dari luar tapi tak hasilkan bahan tenaga sendiri.

5. Apa tip kerjaya?

Kembali ke penyataan (2). Belajar technical skill (hardskill) yang digunapakai dalam industri. Bukan sekadar teori dan fundamental Sains.

6. Terakhir, supporting skill

Business. Masa belajar, belajarlah berniaga dan pilih circle business. Bisanya orang Sains ni malu, segan dan rasa berniaga ni kecil. Stigma ni kena buang. Orang yang berniaga terutamanya dalam bidang Sains ni lain macam, contohnya Elon Musk.

Paling penting, result atas kertas, gred dan skor tidak sepenting mental health. Banyak pelajar sains akan melalui fasa breakdown sebab korang akan belajar perkara pelik tapi akhirnya tak digunakan. Jadi, kuatkan semangat, study smart and accept the fact

.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar bidang Sains untuk memilih jurusan di universiti nanti. Apa-apa pun jangan mengalah dan teruskan berusaha hingga menggengam segulung ijazah.

Sumber: (1)

BACA LAGI : Jom! 30,000 Dijangka Berada Di Melaka Untuk Hari Belia Negara, 73 Aktiviti Tersedia

Sumber: X Mas Faiz Hakim

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana