Ini bukan kisah dongeng atau gosip liar tidak berasas. Perkhabaran ini benar belaka. Ya, kursus yang dinamakan Taylor Swift Course ini sudah ditawarkan sebagai salah satu pilihan kepada pelajar di Clive Davis Institute yang merupakan salah satu institut di bawah pengurusan New York University.
Kursus ini telah pun dilancarkan bermula 26 Januari 2022 yang lalu dan akan berterusan sehingga 9 Mac yang akan datang. Penyanyi itu sendiri, Taylor Swift turut dijemput untuk bercakap di dalam salah satu kelas, namun institut tersebut masih lagi menunggu respon darinya.
Kursus itu akan merangkumi evolusi Taylor Swift sebagai usahawan muzik kreatif, warisan penulis lagu pop dan country, wacana belia dan kanak-kanak perempuan dan politik perkauman dalam muzik popular kontemporari.
Menurut sumber dari Institut tersebut, kursus yang diajar oleh penulis Rolling Stone, Brittany Spanos ini sudah menerima senarai menunggu yang panjang.
Terdapat lima objektif mengapa kursus ini diadakan.
- Pelajar akan membina pemahaman dan penghargaan untuk Taylor Swift sebagai usahawan muzik kreatif. Sekaligus akan belajar untuk menyahkonstruk cara kreativiti dan penulisan lagu yang telah menjadikan taylor mampu bertahan dalam industri muzik yang berkembang pesat.
- Pelajar akan mempelajari tentang warisan pencipta lagu pop dan country yang telah mempengaruhi Swift serta wacana mengenai “prodigies” dalam sejarah muzik pop.
- Pelajar akan mendapat pemahaman tentang bagaimana wacana belia dan zaman kanak-kanak sering dieksploitasi dalam industri media dan muzik.
- Pelajar akan belajar tentang politik kaum dalam muzik popular kontemporari, dan untuk menyoal siasat isu ‘whiteness’ yang berkaitan dengan politik, penulisan lagu, pandangan dunia dan interaksi Taylor Swift dengan dunia budaya yang lebih luas di sekelilingnya.
- Pelajar akan mengembangkan nilai sofistikated yang lebih besar dalam penghayatan artistik, pemikiran kritis, penyelidikan dan kemahiran menulis mereka.
BACA JUGA: Dua Album Dalam Tahun Pandemik, Taylor Swift Buat Kejutan Album BARU Malam Ini!
Terdahulu, Clive Davis Institute New York University pernah menawarkan kelas tentang artis muzik lain pada masa lalu. Sementara itu, universiti lain juga telah menjadi tajuk utama kerana menawarkan kursus yang berteraskan figura muzik seperti Beyoncé dan Miley Cyrus.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Variety