Ini bukan kisah dongeng atau gosip liar tidak berasas. Perkhabaran ini benar belaka. Ya, kursus yang dinamakan Taylor Swift Course ini sudah ditawarkan sebagai salah satu pilihan kepada pelajar di Clive Davis Institute yang merupakan salah satu institut di bawah pengurusan New York University.
Kursus ini telah pun dilancarkan bermula 26 Januari 2022 yang lalu dan akan berterusan sehingga 9 Mac yang akan datang. Penyanyi itu sendiri, Taylor Swift turut dijemput untuk bercakap di dalam salah satu kelas, namun institut tersebut masih lagi menunggu respon darinya.
Kursus itu akan merangkumi evolusi Taylor Swift sebagai usahawan muzik kreatif, warisan penulis lagu pop dan country, wacana belia dan kanak-kanak perempuan dan politik perkauman dalam muzik popular kontemporari.
Menurut sumber dari Institut tersebut, kursus yang diajar oleh penulis Rolling Stone, Brittany Spanos ini sudah menerima senarai menunggu yang panjang.
Terdapat lima objektif mengapa kursus ini diadakan.
BACA JUGA: Dua Album Dalam Tahun Pandemik, Taylor Swift Buat Kejutan Album BARU Malam Ini!
Terdahulu, Clive Davis Institute New York University pernah menawarkan kelas tentang artis muzik lain pada masa lalu. Sementara itu, universiti lain juga telah menjadi tajuk utama kerana menawarkan kursus yang berteraskan figura muzik seperti Beyoncé dan Miley Cyrus.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Variety