Baru-baru ini, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) telah pun mengumumkan pencarum yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji dan terbabit dalam sektor tidak formal berpeluang untuk memohon pendahuluan sehingga RM60,000 dalam Akaun 1 menerusi program i-Sinar.
Walau bagaimanapun, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab sudah mula mengambil kesempatan mewujudkan aplikasi mobil palsu bagi ahli yang ingin tahu tentang pengeluaran i-Sinar.
Menurut penjelasan yang dibuat secara rasmi di laman Facebook, KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak pemohon.
Setakat ini, tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar.
Pihak yang tidak bertanggungjawab sudah mula membangunkan aplikasi mobil untuk mengambil kesempatan ke atas ahli yang…
Posted by Kumpulan Wang Simpanan Pekerja on Monday, November 23, 2020
Pengguna hanya perlu muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.
BACA: Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
KWSP juga mengingatkan orang awam untuk merujuk segala info yang sahih hanya dari media sosial dan laman web rasmi mereka.
Dalam situasi seperti ini memang ramai individu yang cuba ambil kesempatan terhadap masyarakat. Jadi, peranan kita perlu sentiasa peka agar tidak terpedaya dengan penipuan seperti ini.
Jelaskan kepada ibu bapa atau orang yang lebih tua tentang hal ini kerana mungkin sasaran mereka adalah terhadap golongan tersebut.
Hati-hati, jangan terpedaya!
Sumber: KWSP