Isi Kandungan
ToggleMungkin ramai yang menganggap cara-cara untuk memohon i-akaun KWSP sebelum ini agar sukar, kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan platform baru untuk memudahkan ahli memohon pengeluaran i-lestari.
BACA: Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Korang dah tak perlu nak photostat kad pengenalan, gambar atau selfie dengan kad pengenalan, sebaliknya hanya masuk ke dalam aplikasi KWSP dan lakukan arahan seperti yang tertera.
Pilih permohonan baharu
Isi maklumat yang diminta
Seterusnya, ikut langkah-langkah yang diberikan melalui aplikasi
Jauh lebih mudah kan? Jadi tak perlulah korang bersusah payah nak ikut cara online sebelum ini kerana semuanya sudah dipermudahkan oleh pihak KWSP sendiri. Inisiatif ini juga dilakukan untuk mengelakkan orang ramai berpusu-pusu ‘menyerang’ kiosk KWSP.
Kalau korang masih belum mempunyai i-akaun, rasanya inilah masa yang tepat untuk korang mohon dengan mudah dan segera.
Selamat mencuba!
Sumber: Job Malaysia
‘Hound’ Si Anjing Robot Berjaya Cipta Rekod Larian 100 Meter Terpantas Dunia
Robot anjing yang diberi nama Hound berjaya mencipta rekod larian 100 meter terpantas di dunia bagi peranti seumpamanya.
Pada kelajuan purata 18.12 kilometer sejam, Hound mampu menempuh jarak tersebut dalam hanya 19.87 saat sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Tip Untuk ‘Fresh Graduate’ Yang Sedang Mencari Pekerjaan, Paling Penting Kena Yakin!
Menurut portal Rekod Dunia Guinnes, Hound yang dibangunkan oleh Makmal Kawalan dan Reka Bentuk Robot Dinamik di Institut Sains dan Teknologi Termaju Korea (KAIST) di Daejeon, Korea Selatan.
Hound dilengkapi kaki ringan khusus untuk larian pecut dan mempunyai berat sekitar 45 kilogram yang hampir serupa dengan anjing jantan bulldog Amerika dewasa.
Robot berkenaan direka bentuk dengan rangkaian gerakan yang komprehensif untuk menyediakan modul konfigurasi penggerak selari bersama sistem takal tali pinggang untuk menghantar penggerak lutut ke sendi.
New record: Fastest 100 metres by a quadrupedal robot – 19.87 seconds by KAIST Dynamic Robot Control and Design (DRCD) Laboratory in South Korea 🤖
The robot’s name is ‘HOUND’. pic.twitter.com/oQ2WImNcFW
— Guinness World Records (@GWR) December 12, 2023
“Bermula dari kedudukan pegun, robot itu menamatkan pecutannya dan berhenti selepas melepasi garisan penamat.
“Semua pergerakan ini dicapai dengan pengawal motor tunggal yang dilatih dalam simulasi melalui pembelajaran pengukuhan, ” kata pereka Hound, Young-Ha Shin.
Ha Shin berkata, ciri-ciri motor robot berkenaan dimasukkan ke dalam simulasi untuk memaksimumkan had penggerak dan menjadikan persekitaran sedekat mungkin dengan dunia sebenar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aktivis Kongsi Wajah Gembira “Orang Susah’ Dapat KFC! Murah Bagi Kita, Nikmat Bagi Mereka
Mungkin makanan biasa pada kita dan mungkin murah untuk kita beli. Tapi tidak pada orang yang hidup diuji dengan kesusahan kehidupan. Untuk mencari rezeki bagi menyuap nasi, ia lebih penting berbanding membeli makanan sampingan.
Dalam pada itu, aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi yang giat membantu golongan yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 berkongsi gambar-gambar wajah kegembiraan anak-anak yang dapat menikmati keenakan ayam goreng KFC. Ya ia mungkin makanan biasa bagi kita tapi makanan yang cukup enak bagi mereka yang jarang merasa.
Pandanglah wajah-wajah mereka diuji dengan kesusahan ini. Kadang kita rasa serba serbi tidak cukup tapi ada diuji lebih dari itu. Aktivis ini turut berkongsi kisah anak-anak meluahkan rasa gembira apabila dapat merasa makan ayam KFC.
Baca juga betapa mereka bersyukur apabila dapat menikmati ayam goreng tersebut.
Kes 02281
Tuan selama saya nikah dan ada anak ramai. Saya memang tak pernah beli KFC sebab saya kurang mampu. Kalau anak-anak rasa nak makan KFC, saya beli separuh ayam dan buat sendiri.
Jimat sikit, tapi tu laa anak anak nak jugak ayam KFC. KFC mahal tuan. Pendapatan kami sekeluarga tak menentu tuan. Saya harap ada sedikit rezeki buat anak-anak saya tuan. Maaf kan saya sekali lagi tuan.
Tuan saya ucap kan banyak-banyak terima kasih. Anak-anak saya semua gembira tuan sebab sejak saya kawin seingat saya ni yang kedua kali makan KFC. Itu pun adik ipar yang belanja tuan. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak tuan. Dan tak lupa buat para penyumbang di luar sana.
Semoga Allah SWT memberi keberkatan nan di murahkan rezeki seluas-luas nya. Dan tak lupa buat Tuan Syed Azmi. Semoga tuan selalu dalam lindungan Allah SWT. Amin3 ya robbal alamin.
Kes 01508
Saya nak mohon. Anak-anak balik-balik minta beli KFC. Saya dari keluarga yang tak mampu. Sebab saya tinggal bersama ibu bapa yang tiada pekerjaan. Saya suri rumah sepenuh masa.
Suami saja yang kerja. Harap gaji suami yang tanggung kami sekeluarga semua. Ibu bapa pun lama dah tak kerja. Anak-anak selalu minta beli KFC tapi saya tak berapa layan permintaan mereka. Sebab di Sabah sekarang banyak tempat zone merah. Kami perlu jimatkan duit untuk belanja makan susu, pampes anak-anak.
Belanja dapur juga kadang tak cukup untuk kami sekeluarga dengan gaji suami RM1200. Mahu bayar bil api air lagi. Semoga ada rezeki anak-anak semoga yang memberi ni di murahkan rezekiNya dan di berikan kesihatan yang baik dan di permudahkan urusan dunia akhirat amin
Kes 92528
Saya memohon kerana anak dah lama tak makan KFC. Nak beli pun kos tinggi sebab ramai di rumah saya tak mampu. KFC memang susah kami nak dapat makan melainkan ada orang sedekah.
Saya layak memohon sebab anak-anak saya ramai dan saya tak mampu nak beli.
Lagipun semasa PKP ini pendapatan saya tidak menentu. Ada kerja ada gaji, tak ada kerja tak ada gaji.
Kes 24580
Saya perlukan bantuan sumbangan KFC ini untuk anak-anak. Sebelum ni, kalau ada duit lebih pun, keutamaan kami untuk barang-barang sekolah @ makanan lain yang mengenyangkan seperti roti, biskut.
Juga untuk bahan2 buat kuih seperti donut, popia. Bila buat, dapat dalam kuantiti lebih. Semua anak boleh merasa. Lagipun anak sulung tinggal di asrama, memang kalau boleh biar semua ada anak merasa kalau dapat sumbangan. Nie kebetulan PKPB, jadi semua anak ada di rumah.
Apa pun sentiasalah belajar bersyukur dengan setiap nikmat kehidupan kita peroleh hari ini. Mungkin hari ini kesusahan milik orang lain dan sentiasa ada hati yang besar untuk saling bantu membantu jika kita ada rezeki yang lebih.
Kes 11361
Saya nak mohon kerana anak ada menyebut nak makan KFC tapi belum ada rezeki nak membelinya. Sebab suami baru kehilangan kerja hanya membuat kerja sambilan buat masa sekarang ini.
Duit gaji hanya cukup untuk membeli barang-barang keperluan dan membayar sewa rumah. Peti sejuk pun dah tak beku akibat terkena banjir. Sebelum pandemik covid-19 memang hanya suami yang bekerja seorang cukup untuk menampung kami sekeluarga.
Sekarang suami dah tak ada kerja tetap jadi memang sukar untuk memenuhi apa-apa permintaan anak-anak. Moga ada rezeki anak-anak saya dan semoga dimurahkan lagi rezeki buat penderma. Sumber : FB Syed Azmi
Selamat Tinggal Tesco Malaysia, Hello Lotus’s Stores
REMAJA pernah melaporkan mengenai keputusan Tesco Plc untuk menjual perniagaan mereka di Thailand dan Malaysia kepada CP Retail Development Company Ltd (CPRD) pada awal Disember 2020.
ARTIKEL BERKAITAN: https://www.remaja.my/malaysia-katakan-bye-bye-kepada-pasaraya-tesco-apa-penyebabnya/
18 tahun berada di Malaysia, secara rasminya pasaraya itu bakal menukar namanya selepas perpindahan pemilikan syarikat.
Menurut beberapa keping foto yang kian tular di media sosial, Tesco telahpun mula ‘membiasakan’ pelanggan mereka dengan nama dan ‘look & feel’ pasaraya baru yang akan menggantikan Tesco di Malaysia.
Ia dikenali sebagai Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd. Mengikut foto yang dimuat naik oleh pelanggan Tesco pula, ia mempunyai tona warna rasmi hijau yang sedikit gelap daripada warna rasmi syarikat petrolium nasional, Petronas.
Jelas mereka, Lotus’s Stores perlahan-lahan akan mendedahkan penjenamaan mereka kepadda pelanggan. “Satu yang pasti, kami akan terus menceriakan anda dengan perkhidmatan, tawaran dan barangan yang kekal hebat.”
Bukan hanya foto papan iklan saja yang dikongsikan oleh pelanggan Tesco.
Malah nama premis yang didaftarkan pada aplikasi MySejahtera juga nampaknya telah digantikan kepada Lotus’s. Kepingan resit pelanggan juga telah ditukar kepada Lotus’s Stores namun tertera ayat, “dahulunya dikenali sebagai Tesco Stores” padanya.
Nampaknya, mereka benar-benar telah mengambil alih pasaraya Tesco Malaysia.
Pada bahagian info tambahan di laman Facebook Tesco Malaysia, mereka memaklumkan bahawa Lotus’s Stores adalah salah satu ahli Charoen Pokphand Group Co.
Biarpun sedih apabila jenama Tesco kita tiada lagi di Malaysia, kami bersyukur apabila mendapat tahun lebih 8600 pekerja Tesco telahpun diambil sebagai pekerja Lotus’s Stores di pasaraya, pejabat, pusat pembekalan dan bahagian rangkaian beli-belah atas talian.
Haihh.. teringat pula momen-momen indah semasa berbelanja di Tesco. Mungkin disebabkan saingan sengit daripada pasaraya lain, mereka perlu mengambil keputusan yang sukar ini demi menjamin perniagaan mereka di negara lain.