Ads
Home Gaya Hidup KYIV Atau KIEV? Ejaan Ibu Negara Ukraine Bikin Ramai Pening, Ini Penjelasannya

KYIV Atau KIEV? Ejaan Ibu Negara Ukraine Bikin Ramai Pening, Ini Penjelasannya

Ads

 

Di mana-mana saja, berita mengenai situasi semasa di Kyiv, Ukraine diperkatakan oleh penduduk dunia.

Manakan tidak, pergolakan di antara negara tersebut dengan Rusia kini telahpun mencapai tahap meragut nyawa setelah lebih 30 orang insan tidak bersalah telahpun dilaporkan maut akibat serangan Rusia yang melaungkan peperangan sejak kelmarin menerusi Presidennya, Vladimir Putin.

Sasaran utama Putin tentunya adalah ibu negara Ukraine iaitu Kyiv. Manakala Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky telah meminta bantuan dan sokongan daripada sekutunya sewaktu Kyiv dibedal serangan udara dari Rusia.

Allahuakbar.

ARTIKEL BERKAITAN : Arah Rusia Serang Ukraine, Kenali Siapa Vladimir Putin Sebelum Menjadi Presiden – REMAJA

Ads

Bagi kita yang tinggal 8,409 kilometer dari Kyiv, ramai pasti tertanya-tanya di manakah sebenarnya Kyiv; mengapa ia mempunyai dua ejaan berbeza dan mengapa cara sebutannya telah berubah?

Kyiv merupakan bandaraya dengan populasi paling ramai di Ukraine. Pada kepadatan 3,010,000 orang penduduk, Kyiv adalah bandaraya ketujuh paling padat di benua Eropah dan salah sebuah bandaraya tertua di benua itu.

KYIV Atau KIEV? Ejaan Ibu Negara Ukraine Bikin Ramai Pening, Ini Penjelasannya

Dalam abjad ‘Cyrillic’, ia dieja sebagai Ки́їв. Masyarakat antarabangsa seperti kita pula mengejanya mengikut huruf Latin sebagai Kiev atau Kyiv; yang difahamkan bermaksud ‘Istana Kyi’. Kyi di sini merujuk kepada nama pengasas bandaraya tersebut.

Ads

Biarpun sebutannya tidak jauh berbeza tetapi disebabkan konflik yang tercetus di antara Rusia dan Ukraine sejak dahulu kala telah memaksa penukaran ejaan rasminya dari Kiev ke Kyiv. Huh, mengapa agaknya?

KYIV Atau KIEV? Ejaan Ibu Negara Ukraine Bikin Ramai Pening, Ini Penjelasannya

Setelah Ukraine mencapai kemerdekaan pada tahun 1991, terdapat satu panduan kebangsaan diperkenalkan mengenai perubahan ejaan abjad ‘Cyrillic’ ke ejaan Latin untuk kegunaan akta dan dokumen rasmi oleh pegawai Ukraine. Ini termasuklah ejaan rasmi nama ibu negaranya, Kyiv. Sebelum tahun 1991, ejaan rasminya ialah Kiev.

Untuk pengetahuan korang, Kyiv diambil daripada ejaan asal bahasa Ukrainian, manakala Kiev pula berasal dari bahasa Rusia.

Ads

Selain ejaannya, Kyiv juga seringkali salah disebut oleh penutur Bahasa Inggeris. Kebanyakan orang menyebutnya sebagai KEY-EV (atau KEY-F), sedangkan cara sebutan yang betul adalah K’EVE (atau K’IF).

Sekarang, barulah kita tahu mengapa kebanyakan penggiat media menggunakan ejaan Kyiv dan bukannya Kiev.

ARTIKEL BERKAITAN : Sebastien Vettel Nekad Boikot Perlumbaan F1 Di Rusia, Tolak Misi Peperangan – REMAJA

BACA LAGI : Pesawat Ukraine Pula Terhempas, Ini Kejadian Keenam Dalam Tempoh 6 Bulan – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI