Foto di sebelah kanan kelihatan seperti foto lama Kylie Jenner.
Tettt, ia sebenarnya adalah foto terbaru Kylie Jenner di Instagram dan dia tampil tanpa lip filler buat kali pertama selepas membuangnya.
Kylie memuat naik foto bersama kawannya Anastasia ‘Stassie’ Karanikolaou itu ke Instagram pada malam Ahad dan salah seorang pengikutnya berkata Kylie “kelihatan seperti wajah lamanya” di bahagian komen. Tiada siapa yang menyangka Kylie akan membalas komen tersebut dengan berkata –
I got rid of all my filler.
Wow. Sudah tentu, Kylie masih kelihatan cantik seperti biasa dan pengikutnya rata-rata setuju.
Ramai juga yang menyokong keputusan Kylie untuk membuang lip filler. Beberapa tahun lepas, ia telah mencetuskan debat berpanjangan di antara pemilik bisnes Kylie Cosmetics itu dengan pengikutnya di media sosial sama ada dia betul-betul menggunakan trik lip liner
untuk membentuk bibir yang lebih besar atau telah melakukan pembedahan.
Salah seorang pengguna Twitter berkata, “Kylie Jenner kelihatan cukup cantik tanpa bantuan filler, personally saya sukakan look baru ini.” Sementara itu, seorang lagi terfikir sekiranya trend mendapatkan bibir munggil dan besar akan berakhir. “Saya tertanya-tanya jika pengikut remaja Kylie ingin mengecilkan semula bibir sekarang.”
Pada tahun 2015, Kylie menerusi rancangan realiti keluarganya, Keeping Up With The Kardashians, telah mengaku melakukan pembedahan plastik untuk membesarkan bibirnya.
Saya mempunyai lip filler sementara. Selama ini (memiliki bibir kecil) saya merasa kurang yakin dan ini (pembedahan) adalah keputusan saya sendiri.
Good for you, Kylie!