Bukan mudah untuk seseorang kembali mendapatkan bentuk tubuh badan dan berat badan asal, apatah lagi untuk ibu yang baru melahirkan anak.

 

Meskipun bintang siri realiti dan usahawan billionaire muda, Kylie Jenner telahpun melepasi tempoh setahun selepas melahirkan bayi pertama Stormi Webber, proses untuk mendapatkan kembali fizikal asalnya memaksa dia untuk memulakan rutin harian baru.

Ads

Dalam tempoh beberapa bulan, dia dilaporkan berjaya mengurangkan sebanyak 12 kilogram dengan tip yang dikongsikan Kylie kepada Times of India.

Kylie Jenner Anak Satu Dapatkan Bentuk Badan Asal, Ini 3 CaranyaSetiap hari, Kylie mengikut nasihat kakaknya Kim Kardashian dan mengambil beberapa gelas jus celery yang mengandungi Vitamin C danK yang tinggi.

Ads

Celery juga baik untuk mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan penyakit hati. Ia juga bagus bagi korang yang mengalami simptom migrain dan menenangkan saraf korang yang tertekan.

Selepas 30 minit mengambil jus celery, Kylie mengambil secangkir minuman kopi mineral yang mudah kita dapati di pasaran. Selain itu, dia mengamalkan menu sihat kentang tumbuk yang dilakukan sendiri. Kadangkala, Kylie juga menukar menu itu kepada daging kisar dan avocado untuk menukar selera.

Ads

Kylie Jenner Anak Satu Dapatkan Bentuk Badan Asal, Ini 3 Caranya

Tentulah dia juga mengamalkan senaman selama 20 minit pada setiap hari dan rutin senaman itu berubah-rubah mengikut mood.

Tapi, perkara paling menarik mengenai pelan diet Kylie Jenner adalah dia tidak obses untuk melihat perubahan berat badannya di atas penimbang skala – tidak seperti selebriti Hollywood lain. Jika tidak dia akan merasa stres.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI