Selepas menerima pengiktirafan sebagai penghias cover hadapan Majalah Forbes untuk isu wanita Billionaire Amerika, Kylie Jenner sekali lagi menungguli carta.
Remaja (atau wanita muda, atau ibu – hmm, apa gelaran yang patut kami berikan kepada Kylie Jenner?) berusia 21 tahun ini jelas berada di puncak kejayaannya.
Kylie Jenner tidak akan berhenti hanya dengan pencapaian bisnes kosmetik nilai $900 juta saja. Kini, dia juga merupakan selebriti Instagram yang menerima bayaran paling tinggi untuk posting berbentuk tajaan jenama.
BACA: Netizen Berang Dengan Kenyataan Forbes Tentang Kekayaan Kylie Jenner
Bagi pengguna tegar aplikasi Instagram, pasti korang tahu mengenai fungsi Paid Partnership yang berada di bawah DP posting kamu. Fungsi tersebut adalah untuk memberitahu mengenai projek kolaborasi di antara seseorang dan jenama yang membayar mereka.
Nampaknya, bayaran yang diterima oleh Kylie pada tahun ini mengatasi bayaran kepada selebriti paling ramai pengikut di Instagram iaitu Selena Gomez, yang berada di tangga kedua.
Nilai satu posting Kylie ialah $1 juta berbanding Selena yang dianggarkan $800,000 untuk satu posting. Walaupun tidaklah jauh berbeza, jenama antarabangsa di luar sana lebih gemar membayar Kylie bayaran yang lebih tinggi.
Laporan yang dikeluarkan oleh Hopper HQ ini juga meletakkan pemain bola sepak terkemuka, Cristiano Ronaldo di tangga ketiga dengan bayaran $750,000 untuk satu posting. Bagi menentukan carta ini, Hopper HQ bergantung kepada purata engagement, berapa kerap selebriti tersebut memuat naik posting dan jumlah pengikutnya.
Tak kisahlah tangga pertama, kedua atau ketiga, yang penting bayaran mereka semua lebih tinggi berbanding gaji bulanan penulis. Hehe.. Jom tengok selebriti manakah yang tersenarai dalam carta 10 bayaran Paid Partnership tertinggi.
Kim Kardashian
1 Post : $720,000
Beyonce
1 Post : $700,000
Dwayne ‘The Rock’ Johnson
1 Post : $650,000
Justin Bieber
1 Post : $630,000
Neymar Junior
1 Post : $600,000
Lionel Messi
1 Post : $500,000
Kendall Jenner
1 Post : $500,000
Congrats King Kylie!