Kylie Jenner Dapat Durian Runtuh Lagi, Kali Ini Dilantik Sebagai Duta Adidas

Share

Nampaknya rezeki Kylie Jenner semakin melimpah ruah. Selepas beberapa bulan lalu diumumkan sebagai self-made billionair termuda di dunia, Kylie Jenner kini telah dilantik pula sebagai duta baru jenama sukan popular dari Jerman iaitu adidas.

Kylie yang sebelum ini muncul sebagai penghias cover majalah Forbes telah mengumumkan kerjasama antara dirinya dan jenama ‘tiga belang’ itu menerusi laman media sosial Instagram-nya.

Pendedahan menerusi IG Stories itu telah menarik perhatian ramai terutamanya penggemar fesyen. Menurut Kylie di Instagramnya, “berasa sangat teruja serta mengumumkan bahawa saya dilantik secara rami menjadi duta adidas”.

Keputusan ini dilihat meneruskan lagi legasi serta pengaruh besar yang dibawa oleh gadis yang baru berusia 21 tahun ini. Boleh dikatakan Kylie Jenner ialah figura yang sentiasa menjadi ikutan ramai orang muda terutamanya golongan wanita. Apa sahaja yang dipakainya pasti akan menjadi hit dan trend semasa.

Pelantikan Kylie Jenner sebagai duta adidas ini juga merupakan satu jalinan keluarga di mana abang iparnya, Kanye West telah berkolaborasi dengan adidas menerusi jenamanya, Yeezy. Begitu juga dengan Kendall Jenner yang telah pun menjadi salah satu ‘wajah’ adidas dalam kempen-kempen mereka sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah Kendal Jenner Jarang Lakukan Catwalk, Rupanya Ini Sebabnya 

Suaminya, rapper terkenal iaitu Travis Scott juga telah melakukan jalinan hubungan sama dengan satu lagi jenama sukan popular iaitu Nike. Jelas kuasa pengaruh fesyen keluarganya memang cukup besar sekali.

Menerusi dua posting-nya di Instagram, Kylie Jenner dilihat menggayakan kasut adidas Falcon dan REMAJA percaya tidak lama lagi silhouette dari adidas ini pasti akan menjadi trend baru.

Ramai netizen sudah mula perasan sebelum ini Kylie telah banyak menggayakan sneakers adidas. Mungkin itulah bayangan awal kerjasama antara dua pihak.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim