Jika korang perasan, ciri-ciri bagi kedua-dua platform media sosial Instagram dan TikTok dilihat banyak mempunyai persamaan. Ramai juga yang mengeluh melihat Instagram sekarang yang dipenuhi Reels dan menerima sedikit engagement di hantaran pengguna IG.
Hal ini bukan sahaja mendapat perhatian ramai, malah selebriti terkenal dunia Kylie Jenner yang merupakan individu kedua dengan followers terbanyak di Instagram turut memperakui tentang isu ini.
Kylie sebelum ini memuat naik IG story yang berkapsyen, “MAKE INSTAGRAM, INSTAGRAM AGAIN” (stop trying to be tiktok I just want to see cute photos of my friends).
Malah, kenyataan ini turut dimuat naik juga oleh kakaknya, Kim Kardashian yang sama-sama tidak berpuas hati melihat perubahan yang telah dilakukan oleh instagram.
Adik beradik yang merupakan model dan usahawan berpengaruh ini menjadi ‘suara’ untuk mengetengahkan hal ini kerana mereka mempunyai pengikut yang kuat di media sosial. Jenner mempunyai 361 juta pengikut di laman instagram, manakala Kardashian pula mempunyai pengikut seramai 326 juta.
Nampaknya seperti masa tidak begitu sesuai untuk Meta kerana minggu lalu, syarikat itu telah mengumumkan reka bentuk semula untuk aplikasi Facebook yang memperkenalkan tab “Home” sebagai default feed dan ia dilihat mempunyai banyak persamaan dengan TikTok.
Bagi instagram pula, Meta mengumumkan bahawa mana-mana video yang dimuat naik pengguna di bawah 15 minit akan secara automatik menjadi ‘reels’ dan mungkin akan disyorkan untuk dilihat oleh lebih ramai orang.
Ha, bagaimana pula dengan pendapat korang? Adakah korang setuju dengan ciri baharu yang diperkenalkan oleh instagram ini?
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=hBLXZZKX8uc&t=148s