Dalam episod terbaru The Kardashians yang ditayangkan baru-baru ini, personaliti media, Kylie Jenner meluahkan rasa sedih kepada kakaknya, Kendall Jenner dan menangis kerana kerap dikritik masyarakat mengenai penampilannya.

Kylie dalam episod itu, mengeluh mengenai gambarnya yang dilihat tanpa filter tular di media sosial Januari lalu ketika menghadiri Paris Fashion Week. Dia turut bercerita bahawa gambar itu diambil ketika dia memutuskan untuk tidak memakai mekap. Namun, keputusannya untuk tampil tanpa sebarang mekap itu telah membuatkan orang ramai berkomentar dan mengkritik penampilannya.

“Masa saya pakai mekap, orang cakap saya pakai terlalu tebal. Tapi bila saya pilih untuk tampil lebih natural, mereka kritik JUGA”

Kylie Jenner Sedih Dikritik Selepas Tampil Lebih Natural dan Nampak Tua Dari Usia

Tambahnya, orang ramai turut mengkritik mukanya yang kelihatan lebih tua selepas melakukan prosedur lip filler dan beberapa pembedahan estetik lain.

“Saya nampak orang cakap saya nampak tua. Mereka komen mengenai hal itu dalam setiap posting saya”

Dia yang sedih dengan hal itu mengaku menyesal untuk cuba tampil dengan penampilan baru lebih semulajadi kerana reaksi masyarakat bukanlah seperti yang dijangkakan. Kendall juga dilihat cuba menenangkan adiknya dengan mengatakan bahawa masyarakat di media sosial suka bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Kylie Jenner Sedih Dikritik Selepas Tampil Lebih Natural dan Nampak Tua Dari Usia

Walau bagaimanapun, bintang rancangan realiti itu turut mengakhiri luahannya dengan mengatakan bahawa ia adalah satu keajaiban bahawa dia masih mempunyai keyakinan dan mampu melihat cermin sambil fikir dirinya cantik.

Sekadar info, Kylie telah membuang lip filler pada tahun 2018. Sebelum ini, dalam temubual bersama HommeGirls, dia mengatakan bahawa melakukan prosedur tersebut merupakan hal paling terbaik yang pernah dilakukannya dan tidak pernah menyesal mengenainya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI