Siapa yang tak kenal dengan bintang realiti televisyen yang popular dengan kisah adik-beradik, The Kardashian.
Memilki empayar bisnesnya sendiri iaitu Kylie Cosmetics, jenama pakaian dan banyak lagi, kesemuanya bernilai $900 juta di usia 21 tahun, secara tak langsung menjadikan Kylie wanita terkaya di Amerika Syarikat.
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes, dianggarkan syarikat milik remaja ini bernilai sekurang-kurangnya USD$900 juta iaitu bersamaan dengan RM3.678 bilion. Pergh, muda-muda lagi dah jadi jutawan.
Lebih hebat lagi apabila Kylie berjaya menewaskan pengasas Facebook Mark Zuckerberg yang menjadi bilionair termuda pada usia 23 tahun. Malah, dia berada di ranking ke 2,057 sebagai orang paling kaya di dunia ketika ini.
Tahniah kami ucapkan kepada adik tiri Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian ini kerana telah berjaya mencipta nama menerusi jenama kosmetiknya sendiri, sekaligus menjadi antara remaja paling kaya di dunia.
Semoga kejayaan selebriti Hollywood ini menjadi inspirasi buat anak muda di Malaysia untuk terus berusaha dan berjaya dalam hidup.
Sumber: Astro Awani