Bila dua nama fashionable bergabung untuk koleksi pakaian bercita rasa tinggi namun menerapkan elemen modest fashion, hasilnya adalah koleksi ‘Izara Aishah x Lilit’ yang amat versatil pada harga berpatutan.
Dijual pada harga serendah RM99 hingga RM169, korang mesti terliur untuk memiliki satu daripada rekaan yang diaspirasikan dari fesyen 1970-an ini.
Izara Aishah yang juga merupakan pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2009/10 terlibat sama untuk memberikan pandangan dan input
kepada team pereka fesyen dari Lilit sewaktu proses rekaan.Turut terlibat ialah penata gaya terkenal, Min Luna yang bertindak selaku pengarah kreatif untuk projek kolaborasi ini.
Kalau korang perasaan, koleksi ini masih mengekalkan gaya dan identiti Izara Aishah sebagai seorang fesyenista dari banyak sisi – perincian, kesantunan, kelas tersendiri, sofistikated dan tampil dengan vibes wanita kontemporari.
LILIT memastikan yang koleksi ini mampu dan mudah disuai padan dengan helaian korang yang sedia ada dalam almari.
Pada masa sama, LILIT juga menyediakan set sedondon untuk korang yang berminat untuk memakai koleksi ini from head to toe.
Menariknya, koleksi ini bukan saja hadir dalam ‘saiz’ Izara Aishah, Min Luna atau Vivy Yusof saja.
Saiz yang disediakan adalah antara XS sehinggalah XL. Penulis juga rasakan ia bersesuaian untuk semua remaja tak kiralah korang berhijab ataupun tidak. Ia sopan dan pada masa yang sama, berstail.
Koleksi Izara Aishah x Lilit kini boleh didapati secara online dan di butik Fashion Valet berhampiran.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!