Jenama fesyen terkenal antarabangsa, Lacoste telah menggantikan logo buaya hijau mereka yang cukup ikonik dengan 10 spesis haiwan terancam.
Tindakan tersebut adalah sempena kempen terbaru mereka untuk satu koleksi limited edition.
Ia juga bagi menyokong program International for Conservation of Nature’s Save Our Species.
Bukan sekadar menukar jenis haiwan yang ada pada baju kemeja Polo mereka, Lacoste turut hanya mengeluarkan jumlah baju berdasarkan kepada jumlah sebenar spesis yang masih hidup dan bertahan.
Antara haiwan yang terlibat bagi koleksi Lacoste x Save Our Species ini adalah:
Haiwan mamalia yang hidup di lautan ini sering disalah erti sebagai dugong kerana ia gemar untuk berenang di kawasan air sederhana dalam.
Dengan panjang sekitar 1.5 meter, Vaquita semakin pupus kerana sering terbelit dengan jaring yang digunakan oleh nelayan yang menangkap udang.
Jumlah terkini: 30
Masa depan kura-kura air tawar ini nampaknya semakin suram. Ini disebabkan pemburu yang gemar mengambil telur kura-kura untuk dieksport.
Jumlah terkini: 40
Sebahagian daripada keluarga monyet, ia boleh didapati di hutan Madagascar di bahagian utara. Lemur semakin pupus kerana kerakusan aktiviti agrikultur dan penebangan hutan.
Jumlah Terkini: 50
Ia merupakan antara spesis badak yang jarang dijumpai dan senyap. Hanya baru-baru ini, badak Jawa ditemui di hutan Indonesia apabila pihak di sana menjalankan operasi Rhino Protecttion Unit. Ia semakin pupus kerana kurang pembiakan dan kerana tanduk mereka diburu secara haram.
Jumlah Terkini: 67
Antara spesis monyet yang paling jarang ditemui di dunia. Mungkin kerana ia tangkas dan pantas melompat dari satu pohon ke pohon yang lain. Gibbon ini boleh ditemui di sempadan negara China-Vietnam, di mana masalah penebangan hutan semakin meruncing.
Jumlah Terkini: 150
Walaupun termasuk dalam famili burung kakak tua, Kakapo yang berwarna hijau kekuningan ini tidak boleh terbang kerana sayapnya yang pendek. Ia dipelihara secara ekstensif di New Zealand. Namun disebabkan kadar pembiakan yang sangat rendah, spesis ini semakin terancam.
Jumlah Terkini: 157
Dengan diameter kepaknya yang boleh mencecah sehingga 3 meter dari hujung ke hujung, California Condor merupakan antara spesis burung paling besar di Amerika.
Ia juga antara burung tercantik kerana faktor warnanya iaitu kepala kemerahaan dan berbulu hitam lebat. Spesis ini diancam isu pembuangan sampah yang mencemari habitatnya.
Jumlah Terkini: 231
Nampak seperti pelanduk, mamalia herbivor ini hidup penuh senyap di kawasan hutan dan pergunungan Vietnam serta Laos. Namun disebabkan kebiadapan pemburu yang membunuh atas sebab gadingnya, ia semakin pupus.
Jumlah Terkini: 250
Spesis ini adalah antara yang paling dekat dengan hati kita sebagai rakyat Malaysia. Harimau yang hidup secara liar di Malaysia dan Indonesia ini berbeza daripada harimau lain apabila ia hidup di kalangan familinya saja.
Jumlah Terkini: 350
Walaupun ia merupakan spesis dengan jumlah terbanyak di antara kesepuluh-sepuluh haiwan di sini, Anegada yang hidup di negara British Virgin Island ini semakin berkurangan kerana kemusnahan habitat. Dan kucing liar serta anjing sukakan dagingnya. Hhm..
Jumlah Terkini: 450