Lady Gaga Kembali ‘Menggila’ Dengan 5 Jenis Face Mask DI VMAs 2020

Share

Bukan satu atau dua kali, tetapi 5 kali penyanyi Lady Gaga menukar pelitup muka di anugerah Video Music Awards (VMAs) 2020, hari ini.

Apa yang akan seorang diva lakukan di anugerah berskala besar seperti VMAs sekiranya dunia masih bergelut dengan pandemik wabak Covid-19? Sekiranya korang ialah Ladu Gaga, korang pasti akan melakukan 5 kali penukaran baju berserta rekaan pelitup muka berbeza!

Sejak awal menjejak kaki ke karpet merah, penyanyi Rain On Me itu sudahpun menangkap perhatian jurugambar dengan dress serba perak seperti tin foil, berserta pelitup muka seperti kostum astronaut dan but berplatform tinggi yang sudah lama tidak dipakai oleh Gaga.

Gaga dijemput ke pentas dalam persalinan keduanya bagi menerima anugerah Lagu Tahunan bagi Rain On Me. Kali ini, ia merupakan dress pendek moden daripada Dries Van Noten yang cukup kena dengan konsep album terbarunyya, Chromatica. Namun apa yang lebih menarik adalah palitup muka hot pink yang menutup bahagian hidup dan mulut Gaga sepenuhnya (seperti yang disarankan!) dan lengkap dengan bahagian goggles

pada matanya.

Gaga kembali menaiki pentas untuk menerima anugerah Kolaborasi Terbaik untuk Rain On Me bersama Ariana Grande dengan menyarungkan gaun besar rekaan Christopher John. Warna pastel hijau pada gaun dipadankan dengan pelitup muka yang mempunyai tanduk di bahagian pipi.

Sekali imbas, seperti kostum penggusti WWE pun ada! Hehe.. but a very fashionable one, that is.


Tiba masa yang ditunggu-tunggu oleh Little Monsters di seluruh dunia apabila Gaga menyampaikan lagu Rain On Me bersama Ariana. Kali ini, mereka masing-masing saling bergandingan bukan saja dari segi suara tetapi juga dari segi fesyen.

Ariana memakai pelitup muka hitam yan agak ringkas, tidak seperti Gaga yang mempunyai skrin video pada pelitup mukanya!

Akhir sekali sebelum VMAs menutup tirai, Gaga sekali lagi diberikan penghargaan untuk menerima anugerah Artis Tahunan. Kali ini, dia tampil lebih elegan dengan glittery jumpsuit dan kot over-the-top, oversized dan over-everything dengan perincian bulu.


Come on, kita bercakap tentang Lady Gaga.

Jika dia tidak menukar pakaian selama 5 kali, tentulah tidak sah.

Pelitup muka yang makan paling korang gemari?

Jom tonton persembahan Rain On Me oleh Lady Gaga & Ariana Grande.

Published by
FZ