Lagi 8 Tahun Umat Islam Akan Sambut Ramadan & Berpuasa Dua Kali Dalam Setahun. Betul Ke?

Share

Waktu berputar dengan cepat, hanya tinggal lebih kurang 20 hari sahaja lagi sebelum kita semua menyambut Hari Raya AidilFitri.

ARTIKEL BERKAITAN : Ini Rupanya Cara Student Malaysia Berpuasa Selama 16 Jam Di Jepun

Untuk pengetahuan kamu, ramai yang sudah melakukan persediaan untuk menyambut hari kemenangan umat Islam ini. Dan ada juga yang menyimpan niat untuk fokus sepenuhnya pada bulan ini.

Tapi, seorang ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq menerusi video yang disiarkan di akaun Twitter rasminya menyatakan bahawa umat Islam akan menyambut bulan Ramadan dua kali pada tahun 2030.

Hal ini tentu memeranjatkan korang?

Menurut sumber, perkara itu berlaku disebabkan fakta kalendar Hijrah Islam berdasarkan kitaran bulan, manakala kalendar Gregory menandakan laluan Bumi mengelilingi matahari.

 

Katanya, perbezaan antara dua-dua kalendar itu menyaksikan Ramadan jatuh dua kali dalam tahun Gregorian. Bulan Ramadan pertama pada 2030, kata beliau, akan disambut sekitar 5 Januari iaitu pada 1451 Hijrah sementara sambutan bulan puasa kedua bagi tahun 1452 Hijrah pula dijangka jatuh pada 26 Disember 2030.

30 Tahun Sekali

Tapi ia bukanlah yang pertama berlaku, perubahan ini akan berlaku setiap 30 tahun dengan kali terakhir adalah pada 1997 manakala sebelum itu, puasa dua kali disambut pada 1965.

Menurutnya, fakta itu menyaksikan umat Islam berpuasa 36 hari pada 2030, iaitu bulan penuh 30 hari untuk 1451 Hijrah dan enam hari untuk 1452 Hijrah.

Kalendar Hijrah berlangsung 354 atau 355 hari, bermakna ia tidak sejajar dengan kalendar Gregorian sebanyak 365 hari.

Ini juga membawa maksud Ramadan jatuh pada musim yang berbeza pada setiap tahun dan mengambil masa selama 32 tahun bagi melengkapan pusingan tersebut.

Lapan tahun lagi korang dah umur berapa ye?hehehe

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana