Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh golongan yang bergelar selebriti.
Tak kisahlah sama ada selebriti dari Malaysia atau di peringkat antarabangsa, sekiranya seseorang yang popular didapati melakukan kesalahan serius, hampir semua pihak akan cuba memutuskan segala hubung kait dengan selebriti tersebut. Ini termasuklah pekerjaannya, projeknya, jenama yang diwakilinya dan paling parah, para peminat melarikan diri.
Dek kerana tuduhan gangguan seksual oleh beberapa mangsa, bekas ahli kumpulan K-pop EXO iaitu Kris Wu yang kini bertapak dalam dunia hiburan China telah berdepan kesemua impak ini secara serta-merta.
Julai lalu, penyanyi berusia 30 tahun ini sudahpun kehilangan beberapa kontrak dengan jenama terkenal apabila pelajar bernama Du Meizhu mendedahkan perbuatan Kris di media tempatan China. Antara jenama yang ‘melarikan diri’ itu termasuklah Louis Vuitton, Bulgari, L’Oreal Men dan Porsche.
Hari ini setelah Kris secara rasminya ditangkap oleh pihak polis Beijing atas tuduhan memperkosa dan rogol, beberapa lagi pihak bertindak memutuskan hubungan dengannya.
Kali ini, giliran Persatuan Seni Persembahan Chinapula yang mengambil keputusan tersebut. Untuk pengetahuan, ia merupakan sebuah persatuan terhormat di bawah Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China.
Ads
Menerusi satu kenyataan di laman Weibo rasminya, ia mengajak industri seni China untuk memboikot Krisdan berharap agar mana-mana selebriti serta agensi hiburan lain yang mewakili artis mereka untuk mula memandang serius akan aras (standard) moral yang diperlukan untuk berada dalam industri seni China.
Tegas mereka, “Sebagai seorang penghibur seni, (Kris) tidak menggunakan peluang kerjayanya untuk memaparkan kebudayaan masyarakat China; sebagai seorang figura awam dia telah terlepas pandang akan tanggungjawab sosial dan nilai dirinya; sebagai seorang bintang terkenal dengan kelompok peminat yang cukup ramai, dia telah menyalahi undang-undang dan mencetuskan impak sosial yang tidak boleh diperbaiki.”
“Industri ini tidak lagi boleh bertolak ansur dengan figura sedemikian.”
Wow. Nampaknya populariti yang dimiliki Kris langsung tidak mengaburi pandangan persatuan di China yang lebih mementingkan cara untuk mengekalkan standard industri seni mereka pada tahap tertinggi.
Ads
Walaupun kes Kris masih dalam siasatan dan dia belum lagi dijatuhkan hukuman, impak daripada penangkapan ini nyata telah mencalar imejnya.
Buat masa ini, Kris masih dalam tahanan dan ia boleh berlanjutan hingga 37 hari maksimum di sisi-sisi perundangan China sebelum penangkapan formal dilakukan.
Mengikut undang-undang di China, mana-mana individu yang menggunakan kekerasan, ugutan dan cara lain untuk merogol wanita boleh dijatuhkan hukuman di antara tiga hingga 10 tahun. Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan jika ia melibatkan gadis di bawah umur atau mendatangkan kecederaan serius.
Tinjauan REMAJA terhadap kesemua akaun media sosial Kris mendapati kesemuanya telah dinyahaktifkan buat masa ini. Kris oh Kris..what have you done?
Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan Syahreza atau lebih dikenal Afgan baru-baru ini melancarkan kolaborasi bersama penyanyi rap terkenal Korea Selatan, Jessi dalam single terbaru yang berjudul Escape.
Pengumuman ini dikongsi oleh Afgan melalui Instagram pada Khamis, dan hal ini mengejutkan para peminat kedua penyanyi itu.
Kata Afgan melalui posting yang sama, “Akhirnya! Escape akan dilancarkan pada 21 Jun ini @jessicah_o”.
Kerjasama di antara Afgan dan Jessi merupakan kolaborasi pertama mereka dan gabungan gaya muzik unik keduanya dinanti dan bakal menyatukan peminat-peminat mereka.
Afgan yang terkenal dengan vokal merdu dan kepelbagaian muziknya, sekali lagi menunjukkan kebolehan dirinya sebagai seorang pemuzik yang serba boleh.
Sebelumnya, Afgan telah bekerjasama dengan Jackson Wang bekas anggota GOT7, menunjukkan kemampuannya untuk berkongsi pentas dengan artis antarabangsa. Kali ini, keputusannya untuk bekerjasama dengan Jessi, yang terkenal dengan gaya rap dan karisma di atas pentas, menegaskan komitmennya untuk meneroka genre muzik baru.
Menurut Jessi pula, kolaborasi ini merupakan peluang besar untuk memperluaskan pengaruhnya dalam seni muzik secara global. Antusiasme peminat-peminat terhadap Escape amat tinggi, dan ramai menantikan kerjasama yang menakjubkan ini.
Kolaborasi ini bukan sahaja membuktikan muzik merayakan kepelbagaian budaya, tetapi juga menunjukkan muzik adalah bahasa serantau yang universal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasalah, Malaysia kan terkenal dengan musim perayaannya yang pelbagai.
Kita ada Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Natal, Musim Gawai….eh banyaklah kalau nak senaraikan semua!
Dan setiap kali rakyat Malaysia menyambut musim perayaan je, pasti ada promosi yang menarik menanti!
Sempena perayaan Tahun Baru Cina nanti, AirAsia akan mengadakan diskaun tiket penerbangan dan bagi penerbangan domestik, harga bermula dari RM18 dan penerbangan antarabangsa bermula dari RM48 sahaja.
Kalau nak diikutkan, promosi ini telah bermula dua hari lalu, iaitu pada 13 Januari dan akan berakhir sehingga 19 Januari 2020. Tempoh penerbangan bagi promosi ini adalah dari September hingga Mac 2021.
Jom kita tengok, bulan September hingga Mac tu ada cuti panjang tak..
Kalau tak silap, ada Hari Keputraan YDP Agong, 3 hari, Hari Malaysia, boleh pegi sampai 5 hari.
Macam biasa, tempahan boleh dilakukan di laman web AirAsia. So apa ditunggu lagi, cepat la beli tiket penerbangan tengah promosi ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sukan luncur ais atau lebih popular dengan nama ice skating semakin mendapat tempat di hati kalangan generasi muda terutamanya di kawasan lebih urban.
Penyertaan atlet Malaysia dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk yang lalu juga sedikit sebanhak telah melonjakkan populariti sukan ini di negara kita.
Antara organisasi yang memainkan peranan memberikan platform dan kemudahan gelanggang ais ialah Sunway Pyramid Ice. Setiap tahun mereka mengadakan pertandingan luncur ais terkemuka di peringkat Asia iaitu Skate Malaysia.
Dan pada tahun ini ia diadakan sekali lagi dan merupakan kali ke-12 berturut-turut penganjuran seumpamanya di sini. Skate Malaysia 2018 juga memecah rekod penganjuran paling lama diadakan.
Seiring dengan Skate Malaysia 2018, 2nd ISI Asia Championship juga bakal diadakan bermula daripada hari ini, 28 Jun sehingga 1 Julai 2018. Dianjurkan sepenuhnya oleh Sunway Pyramid Ice, acara gilang-gemilang ini juga disokong oleh Ice-Skating Association of Malaysia (ISAM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Mungkin ada antara korang tak tahu bahawa Skate Malaysia merupakan acara peringkat antarabangsa yang disokong oleh Ice Skating Institute of Asia (ISI Asia) untuk membangunkan sukan musim sejuk di Asia Tenggara, China, UAE dan kawasan sekitarnya.
“Sunway Pyramid Ice sejak bertahun lamanya dikenali sebagai organisasi yang sentiasa menyokong pembangunan sukan musim sejuk. Kami juga berazam untuk meneruskan legasi ini untuk menjadi peneraju dalan sukan ini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan.
Turut hadir pada majlis pembukaan ini ialah ADUN Subang Jaya, YB Michelle Ng, President ISI Asia, Harry Janto Leo, Wakil ISI Asia, Alex Yeung, International Chief Referee, Jenise Jensen dan Presiden ISAM, Billy Johan.
Pada majlis pembukaan hari ini, peserta-peserta dari Malaysia, Thailand, China dan Indonesia telah berarak dan diikuti persembahan istimewa pelajar-pelajar Sunway Pyramid Ice Skating Academy.
Kepada korang yang berkesempatan bolehlah menyaksikan aksi-aksi peserta yang bertanding di Skate Malaysia 2018 bermula hari ini di Sunway Pyramid Ice.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam...