Malang tak berbau, tulah ungkapan yang sering diucapakan ketika berlakunya satu kemalangan dan juga kejadian yang tidak diingini berlaku. Lebih memilukan apabila bencana yang berlaku ini melibatkan pelajar-pelajar tahfiz.
Tragedi pusat tahfiz terbakar sehingga mengakibatkan kematian bukan berita yang baru terjadi dan diperkatakan. Terbaru melibatkan Maahad Tahfiz Selangor, Jalan Istana Lama, Kampung Bandar Banting
Bagaimanapun, dalam kes ini kesemua 131 pelajar perempuan terselamat dalam kebakaran asrama yang dihuni mereka,
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd, bomba yang menerima panggilan pada jam 5.49 pagi itu tiba di lokasi pada jam 6.05 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah asrama Tahfiz wanita (bangunan kelas A).
“Bangunan empat tingkat dengan keluasan 30X100 kaki itu musnah terbakar sebanyak 40 peratus di tingkat empat.
“Kesemua penghuni asrama itu seramai 131 terselamat,”
Hafisham berkata, kebakaran terbabit berjaya dikawal pada jam 6.24 pagi.
Katanya, operasi itu membabitkan 27 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, BBP Telok Panglima Garang, BBP KLIA, BBP Pelabuhan Klang, BBP Seksyen 7. Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.
Apapun, semoga pelajar-pelajar yang ditimpa ujian musibah ini diberikan kekekuatan dan ketabahan yang tinggi untuk mereka.
Sumber : Barita Harian