Lagi Cabaran Viral, Kali Ini As’ad Motawh Cabar Peminat Dengan #Thumbchallenge

Share

Another day, another viral challenge. Jika beberapa bulan lalu tular dengan #DeleChallenge yang dimulakan oleh bintang bola sepak Englad, Dele Alli kini muncul pula challenge baru.

Terbaru, penyanyi muda terkenal tanah air, As’ad Mowtah telah mencabar followers di Instagram untuk melakukan #Thumbchallenge.

Menariknya cabaran ini memang nampak sangat mustahil untuk dilakukan. Cuba tengok foto dan video As’ad di bawah.

HOW DID HE DO THAT?!

Menerusi dua posting pertama #thumbchallenge darinya bertarikh 7 Oktober 2018, As’ad di dalam kapsyen fotonya berkata, “Can you do this? New music this 26th October! #percayaasadmotawh 20 days left”

Oh.. rupa-rupanya challenge ini adalah sebahagian daripada countdown As’ad untuk single terbarunya yang akan release nanti.

BACA: 5 Perkara Tentang As’ad Motwah Yang Mungkin Korang Tak Tahu 

Manakala di dalam, posting kedua As’ad memuat naik video bagaimana dia melakukan #Thumbchallenge. Seriously, kami di team REMAJA tiada seorang pun yang mampu lakukan. Mungkin tulang ibu jari kami ini terlalu tembam untuk lakukan cabaran ini. LOL

Berdasarkan carian hashtag #Thumbchallenge ternyata cukup ramai followers dan peminat As’ad Mowtah yang turut menyahut cabarannya. Memang korang semua sangat unik sekali. REMAJA tabik satu kali. Dan satu psenaan dari REMAJA, kalau rasa tak boleh nak buat jangan paksa diri ya. Nanti tak fasal patah pula ibu jari korang tu.

Kepada As’ad, team REMAJA ucapkan all the best dan selamat maju jaya untuk single akan datang nanti. Mesti single tu gempak gila, kan!

Walaupun bagaimanapun REMAJA dapat pastikan bahawa #Thumbchallenge ini bukanlah dimulakan oleh As’ad Motwah kerana dalam carian hashtag tersebut kami menemui sebuah video seorang pengguna Instagram luar negara, @slimeygrits yang melakukan aksi sama.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim