Berita baik untuk foodies!
Restoran tempatan kegemaran anda, The Chicken Rice Shop (TCRS), kini kembali dengan Grilled Butter Chicken yang disukai ramai!
ARTIKEL BERKAITAN: Berita Baik! Rakyat Malaysia Dijemput Rasa Susu Bebas Laktosa Dari So Good Secara Percuma
Lebih daripada sekadar hidangan, menu istimewa yang meraikan keenakan mentega ini sudah menjadi sinonim dengan TCRS dan ia kini tersedia di cawangan TCRS di seluruh negara hingga 21 Januari 2024.
Keenakan ayam panggang tanpa tulang bersama sos mentega keemasan yang menghasilkan rasa pekat berkrim, diserikan lagi dengan taburan daun kari dan cili merah pasti memikat hati.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa menu akhir tahunan ini telah menjadi satu tradisi yang dihargai para penggemar TCRS di mana ia telah menjadi satu hidangan yang sangat dinanti-nantikan oleh mereka setiap tahun!
“Di The Chicken Rice Shop, kami mengutamakan ciptaan hidangan yang mewujudkan pengamalan kulinari yang menyentuh hati sambil memenuhi cita rasa pelanggan. Kembalinya menu ini bukanlah sekadar tawaran bermusim, ia juga dibawa kembali untuk meraikan pelanggan kami yang setia menyokong TCRS secara berterusan.
View this post on Instagram
Khas untuk pelanggan di seluruh negara, menu Grilled Butter Chicken menawarkan tiga pilihan set untuk memenuhi cita rasa yang berbeza. Setiap hidangan dilengkapkan dengan minuman soda Berry You Up yang serba baharu untuk pengalaman pemakanan yang lagi best!” kata Kah Yong.
Haaa…korang tunggu apa lagi? Jom kita bersama-sama menikmati keenakan mentega!
Untuk maklumat lanjut tentang menu Grilled Butter Chicken yang terbaharu, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram TCRS