Sumber Foto: Facebook @liaitzy.jype

 

Kalau hendak diikutkan pada setiap tahun, ada saja dakwaan kes buli yang membabitkan ahli grup K-pop di Korea Selatan. Jika pada tahun 2020, kes buli membabitkan ahli grup AOA telah mendapat perhatian peminat K-pop beberapa kali sepanjang tahun.

ARTIKEL BERKAITANKetua Tak Sentiasa Betul, Kes Buli Wujud Dalam Grup Kpop ‘AOA’ Selama 10 Tahun! – REMAJA

Kali ini, giliran kumpulan ITZY pula yang terpalit dengan kontroversi kes buli dan ia melibatkan salah seorang ahli grupnya, Lia.

Lagi Dakwaan Kes Buli K-Pop, Ini Respon JYP Entertainment Wakili Lia ITZY

Sumber Foto: IDN Times.

Ads

Untuk pengetahuan korang, semalam (24 Februari) satu muat naik di forum atas talian telah mendakwa dirinya menjadi mangsa buli oleh artis K-pop wanita yang dilahirkan pada tahun 2000 dan mempunyai bahu bidang semasa di sekolah menengah.

Penulis tersebut memberitahu bahawa pelaku telah meminjam duit daripada rakan sekelas mangsa dan tidak memulangkannya. Apabila mereka menyerbu pelaku, si dia dan grupnya telah melontarkan kata-kata kesat. Pelaku juga didakwa pernah memutuskan hubungan orang lain.

 

JYP Ambil Tindakan Segera

Pada masa ini, kecoh K-netz di Korea berbual mengenai dakwaan kononnya Lia pernah menjadi tukang buli semasa di sekolah dahulu. Lalu demi meredakan kekecohan tersebut, labelnya JYP Entertainment segera mengeluarkan kenyataan media bagi menidakkan dakwaan tersebut.

Ads

Lagi Dakwaan Kes Buli K-Pop, Ini Respon JYP Entertainment Wakili Lia ITZYSumber Foto: Kpop Profiles.

Jelas mereka, “Kami berkongsi pendapat kami mengenai muat naik di atas talian berkenaan spekulasi yang melibatkan artis kami, Lia.

“Dalam kes ini, kami telah menyaman penulis yang telah memuat naik dakwaan itu atas kesalahan fitnah (defamation) kerana menyebarkan perkara yang tidak benar. Kami ingin memaklumkan bahawa siasatan kes ini masih berjalan dan kami sedang menunggu keputusan mengikut prosedur perundangan formal.

“Perkara ini adalah tidak benar dan kami tidak teragak-agak untuk teruskan tindakan undang-undang bagi menentang sebarang percubaan untuk menfitnah artis kami yang boleh menyebabkan usaha promosi mereka terbantut disebbakan oleh komen serta khabar angin tidak benar,” catat kenyataan tersebut.

Ads

*

Di Korea Selatan, sebarang kes buli yang melibatkan fugura awam seperti artis dan ahli sukan sememangnya akan mendapat perhatian hebat masyarakat di sana.

Contohnya seperti pada minggu lepas apabila dua ahli sukan bola tampar wanita Korea Selatan telah digantung daripada pasukan kerana kes buli yang pernah mereka lakukan semasa di sekolah sehingga mengakibatkan kesan trauma kepada mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN : Padah ‘Kantoi’ Membuli Di Sekolah 10 Tahun Lepas, Atlet Kembar Korea Dibuang Pasukan – REMAJA

SUMBER: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI