Lagi Dugaan 2020, Gunung Berapi Sinabung Muntah Abu Vulkanik. Malaysia Bakal Berdepan Asap Debu

Share

Syukur bumi Malaysia tiada gunung berapi. Belum lagi Covid19 mengundurkan diri. Negara jiran kita kita sedang depan dengan letusan gunung berapi yang bahaya.

Terbaru, susulan pengeluaran debu dari salah satu gunung berapi paling aktif di Pulau Sumatra, Indonesia pada 8 Ogos lepas.

Selepas 14 bulan tidak aktif, Gunung Sinabung kembali meletus pada jam 1.58 pagi 8 Ogos lalu dengan memuntahkan abu vulkanik setinggi 2,000 meter.Namun ia pernah meletus pada Februari 2016 dan ia mengeluarkan gas volkanik, batu dan abu dengan ketinggian 2,500 meter.

Gunung itu kemudiannya meletus buat kali kedua pada jam 5.18 petang hari sama dengan melepaskan abu vulkanik setinggi 1,000 meter.

Gunung Sinabung Mungkin Akan Meletus Lebih Kerap 2


Semalam, Gunung Sinabung dilaporkan meletus lagi dengan melepaskan abu vulkanik setinggi 5,000 meter pada jam 10.16 pagi dan 2,000 meter pada jam 11.17 pagi.

Susulan daripada kejadian tersebut, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG) menasihati orang awam di kawasan Gunung Sinabung supaya berhati-hati kerana ada kemungkinan gunung tersebut akan terus aktif dalam masa terdekat berikutan kekerapan jumlah gempa tektonik yang berlaku belakangan ini.


.


.

Menurut salah seorang pegawai di pos pemantau Sinabung, abu letusan gunung berapi daripada letusan terbaharu ini menyebabkan langit di tiga kawasan berdekatan sehingga radius 30km dari gunung menjadi gelap terutamanya di kawasan Namanteran, Merdeka dan Berastagi.

Malaysia Bakal Berdepan Debu

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran bahawa debu dan asap dari gunung tersebut dijangka akan memasuki ruang udara utara Selat Melaka dan membabitkan beberapa negeri di Malaysia iaitu Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Dalam perkembangan baharu semalam, MetMalaysia melaporkan tiada lagi asap debu kesan letusan Gunung Berapi berterbangan di ruang udara Malaysia.

Indonesia terkenal sebagai salah sebuah negara yang mempunyai bilangan gunung berapi terbanyak di dunia selepas Amerika Syarikat dan Rusia dengan jumlah kesemuanya sebanyak 139 buah.

So hati-hati ye guys!

Published by
Ruziana Zainal