Bila sebut Melaka, kita terus terbayang bandar bersejarah itu yang mempunyai peninggalan kisah legenda, bangunan dan monumen dari zaman penjajahan Portugis serta artifak yang mencecah usia setengah alaf.

Khabarnya, tidak lama lagi Melaka akan memiliki taman tema bertaraf antarabangsa sebagai satu lagi tarikan pengunjung ke negeri itu.

Taman tema yang masih belum bernama itu bakal menjadi sebahagian daripada pembangunan Melaka Gatewayy di Pulau Melaka dan dijangka siap hanya pada 2026. Nampaknya kita semua perlu menantikan empat tahun untuk ke lokasi dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion ini.

Melaka Tunggu 4 Tahun Lagi Untuk Ada Taman Tema Bertaraf Dunia

Pengumuman tarikan baharu ini telah dilakukan oleh EXCO Kanan Pelaburan Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selepas mengadakan lawatan rasmi ke Projek Melaka Gateway di Pulau Melaka. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif KAJ Development Sdn Bhd, Datuk Michelle Ong; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Abu, Pengarah Pembangunan Perniagaan KAJ Development Sdn Bhd, Datuk Kamarudin Ahmad dan lain-lain tetamu kenamaan.

Ads

Ujar Ab Rauf, Melaka Gateway pasti memberi pulangan kepada KAJD dan mampu menaikkan lagi ekonomi masyarakat di Melaka apabila menyambut ketibaan pelancong dari seluruh negara nanti.

“Saya melihat taman tema yang bertaraf dunia dan saya kira ia jauh lebih barik daripada Genting Highlands seperti yang digambarkan kepada kita tadi. Dan lebih besar daripada Genting Highlands; seluas 36 ekar akan menjadi kenyataan seawal tahun 2026.

“Sebagai sebuah negeri pelancongan, infrastruktur dan ruang perniagaan moden akan berada di sepanjang kawasan Melaka Gateway ini. Ini termasuklah pengenalan kawasan zon bebas cukai dan beberapa jenis produk bertaraf dunia serta berimpak tinggi di kawasan ini,” katanya.

Ads

Melaka Tunggu 4 Tahun Lagi Untuk Ada Taman Tema Bertaraf Dunia

Sedikit info menarik mengenai taman tema yang dijangka akan menarik lima juta orang pengunjung setiap tahun. Dibina pada tanah keluasan 14.56 hektar di Pulau Satu (PME1) Melaka Gateway, ia adalah lebih besar berbanding taman tema Genting Highlands Skyworld.

Projek berkenaan kini telah dimulakan dengan pembinaan Terminal Kapal Pelayaran Antarabangsa (MICT) yang dijangka siap dalam tempoh 15 bulan dari sekarang.

Ads

BACA LAGI: ESCAPE Penang Pegang Rekod Gelongsor Air Terpanjang Dunia – REMAJA

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI