Gadis Kelantan Jadi Pilihan Selebriti! Jumaat Ini Giliran Haqiem Rusli Pula

Share

 

2021 bakal melabuhkan tirai tidak sampai dua bulan lagi. Biarpun kebanyakan perancangan kita pada tahun ini banyak tersasar dek pandemik COVID-19 yang tidak berkesudahan, dalam diam ramai je sebenarnya yang meneruskan perancangan mereka biarpun perlu diadakan dalam skala yang lebih kecil.

Bukan seorang dua selebriti yang telah menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini. Sama ada selebriti dalam negara mahupun antarabangsa, masing-masing giat melangsungkan majlis perkahwinan biarpun hanya dihadiri oleh sebilangan kecil tetamu saja.

Contohnya semalam apabila dunia hiburan ‘kecoh’ dengan foto daripada acara akad nikah rapper terkenal, Caprice bersama pilihan hati bernama Farra Inalis yang merupakan seorang gadis kelahiran Kelantan berusia 26 tahun.

Selepas Caprice, nampaknya seorang lagi selebriti lelaki tanah air dikhabarkan telah memilih seorang gadis kelahiran Kelantan sebagai bakal isterinya.

Umum mengetahui penyanyi berbakat, Haqiem Rusli bakal berkahwin pada hari Jumaat ini setelah empunya badan sendiri mengumumkan berita gembira itu di pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Sabtu lalu sewaktu menerima trofi bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Sumber Foto : Instagram ABPBH-34
Sumber Foto : Instagram Haqiem Rusli

Selama Haqiem bergelar seorang anak seni, penyanyi berusia 23 tahun ini sentiasa kekal dengan pendiriannya untuk tidak sesekali berkongsi perihal peribadi terutamanya kisah cinta. Hanya soalan mengenai soal kerjaya dan produk seninya saja yang akan dilayan.

Lantas, apabila Haqiem sendiri yang mengeluarkan kenyataan bakal berkahwin pada 19 November ini sekerap DUA KALI iaitu semasa di atas pentas menerima trofi dan semasa di belakang pentas bersama pengacara segmen khas Sissy Iman; maka jelaslah Haqiem sedikit-sebanyak ingin berkongsi mengenai tarikh istimewa itu bersama seluruh rakyat Malaysia.

Ramai pantas tertanya-tanya siapakah gerangan gadis bertuah yang bakal dijadikan suri hatinya itu.

Gadis yang dikenali sebagai Wan Anis Sofea Wan Zamzuri ini mesra dikenali sebagai Anis Sofea dan baru berusia 19 tahun. Menariknya, Anis juga berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

Sumber Foto : Instagram @sofeaaaaz

Menjengah ke akaun rasmi Instagram Anis Sofea, kini hanya tinggal satu foto saja yang dibiarkan di sana biarpun jumlah pengikut Anis tidak kurang hebatnya iaitu seramai 58,000 orang ketika artikel ini dikarang.

Gadis berimej manis ini merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran Santhai Village bersama penyanyi lagu Tergantung Sepi itu. Difahamkan, mereka mengenali di antara satu sama lain sejak hampir dua tahun lalu dan mula tampil berhijab baru-baru ini sekali gus bertindak memadamkan foto dan video berimej lama dahulu.

Sumber Foto : Instagram @sofeaaaaz

Sempena menyambut hari bahagia nanti, Haqiem atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Rusli bakal menghadiahkan sebuah lagu istimewa untuk isterinya itu dan ia berjudul Hitam Saksi Putih.

Wah, sweet betul Haqiem dan Anis! Tak sabar kami nak lihat foto-foto daripada majlis akad nikah Haqiem nanti. 

Sumber : (1)

Published by
Nana