Kasih kepada haiwan peliharaan bukan seperti mainan, namun haiwan tersebut sudah dianggap seperti sebahagian daripada keluarga. Terbaru, khabar dari Hollywood, dua dari tiga anjing peliharaan jenis French Bulldog milik Lady Gaga telah dicuri dalam satu kes rompakan terhadap penjaga anjing selebriti popular itu.
Dalam kejadian malang yang berlaku pada Rabu lalu sekitar jam 9.40 malam, penjaga anjing tersebut yang dikenali sebagai Ryan Fischer sedang bersiap-siap membawa tiga anjing milik Lady Gaga bersiar-siar di sekitar kediamannya di Sierra Bonita Avenue sebelum didatangi perompak dan menembaknya sebanyak empat kali di bahagian dada.
Anjing peliharaan selebriti itu yang dikenali dengan nama Koji dan Gustav telah diculik manakala Miss Asia pula sempat lari kerana panik dengan keadaan itu. Ryan, telah dibawa ke hospital berdekatan dan keadaannya telah dilaporkan stabil, manakala Miss Asia pula telah berjaya dijumpai oleh pihak berkuasa tempatan dan telah diserahkan kepada pengawal peribadi Lady Gaga.
Pelantun lagu The Edge of Glory tersebut ketika kejadian sedang berada di Italy dalam rangka untuk perancangan projek terbarunya bersama Ridley Scott. Anjing-anjing peliharaan milik Lady Gaga sangat terkenal dalam kalangan peminatnya kerapa penyanyi dan pelakon tersebut acap kali berkongsi dan memuatnaik gambar anjing peliharaan kesayangannya itu di Instagram.
Miss Asia telah bersama Lady Gaga sejak tahun 2014 lagi manakala Gustav dan Koji pula bersamanya pada tahun 2016 dan 2015. Nampaknya Lady Gaga tidak main-main dalam hal anjingnya apabila menawarkan harga begitu tinggi kepada sesiapa sahaja yang berjaya memulangkan kembali anjing kesayangannya itu.
Sumber gambar: Instagram Lady Gaya & Miss Asia Xoxo