Lagi Kedai “Berhantu” RM2.00 Dibuka, NOKO Khusus Untuk Penduduk Ampang

Share

Sebut kedai RM2, pasti kita akan menyebut ECO. Harga barang yang dianggap murah bagi rakyat Malaysia kerana setiap satunya hanya berharga RM2.00 membuatkan pengunjung menggelarnya sebagai “kedai berhantu”.

Masakan tidak, jika dari rumah, niat hanya untuk membeli satu atau dua barang saja tetapi sebaik melangkah masuk, paling tidak satu bakul akan penuh sekaligus ramai yang kata “sakanya” cukup sukar dihalang, hahaha.

Yang pasti, saingan dalam perniagaan itu wujud di mana selain Eco, satu lagi kedai dibuka iaitu Noko. Terletak di Ampang, Noko menawarkan kesemua barangan pada pada harga RM2.

Berkonsep biru dan putih sebagai pilihan warna kedai, ternyata pelbagai jenis barangan terdiri dari barangan dapur, keperluan peribadi dan lain-lain lagi yang menjadi keperluan  semua orang.

Perkongsian dari seorang wanita di fbnya, Puan Anna Oshin yang memaklumkan Noko menawarkan pelbagai jenis barangan mampu membuatkan ramai rambang mata. Malah perkongsiannya itu turut mendapat perkongsian 1.2 K sekaligus membuktikan memang rakyat teruja dengan harga yang agak murah.

So bagi yang free tu, hujung-hujung minggu nanti bolehlah waze Noko ya.

Kredit: Puan Anna Oshin

Published by
Almaswa Haji Che Ros