Lagi Kereta Baru Dikurnia Sultan Johor Kepada Frontliners

Share

 

 

Alhamdulillah, murah rezeki Tuanku.

 

Jika korang masih ingat sekitar bulan September tahun ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj pernah menjadi topik utama bualan netizen setelah Baginda berkenan untuk mengurniakan 10 buah kenderaan jenis Perodua Myvi baharu kepada jururawat di wad diraja dekat Hospital Sultanah Aminah.

Menerusi satu muat naik di akaun Facebook rasmi Baginda pada hari ini, pihak Istana telah mengumumkan bahawa Sultan ibrahim sekali lagi berkenana untuk mengurniakan kereta. Kali ini, penerimanya terdiri dalam kalangan doktor dan matron di Hospital Sultanah Aminah.

Pengurniaan ini adalah sebagai penghargaan di atas dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.

Sumber Foto: Wikipedia

Catat posting tersebut, kenderaan jenis Proton X70 telah diterima oleh Pengarah Hospital, Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia.

Sementara itu, kenderaan jenis Perodua Myvi pula diserahkan kepada Ketua Penyelia Jururawat dan Penyelia Jururawat.

Myvi 2020 dijual pada harga pasaran RM44,959
Proton X70 pula dianggarkan dijual pada harga RM94,800 untuk model standard.

 

Kata Pengarah Hospital iaitu Dr Mohtar Pungut @ Ahmad bagi mewakili pihak hospital, mereka mendoakan Tuanku serta kerabat diraja agar sentiasa sihat sejahtera.

“InsyaAllah, kami akan terus berikan perkhidmatan terbaik kepada Tuanku sekeluarga serta rakyat jelata,” kata beliau.

 

SULTAN IBRAHIM KURNIAKAN KERETA KEPADA DOKTOR DAN MATRON HSA

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Tuesday, 24 November 2020

 

Ingat lagi reaksi netizen sewaktu Baginda mengurniakan kereta kepada jururawat dahulu?

Rezeki Dapat Myvi! Sultan Johor Kurnia 10 Jururawat Wad DiRaja Kereta Setiap Seorang – REMAJA

Published by
Team Remaja