
Susulan satu rakaman video tular di media sosial berhubung kes seorang pelajar lelaki yang dipukul oleh beberapa pelajar lain di media sosial, polis hari ini telah menahan seramai 13 orang pelajar tingkatan empat bagi membantu siasatan.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dekat Langkawi, Kedah itu tular sejak semalam apabila warganet mengutuk perbuatan membuli seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun oleg beberapa pelajar lain dalam satu rakaman video berdurasi 25 saat.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata seramai 12 pelajar ditahan pada 12.30 tengah hari tadi manakala seorang lagi ditahan pukul 3 petang.
“Daripada jumlah kesemua pelajar yang ditahan, lima daripada mereka merupakan rakan sekelas kepada mangsa manakala baki yang lain dari kelas berasingan. Rakaman percakapan sedang diambil bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kejadian yang berlaku pada 9 pagi semalam itu dipercayai tercetus daripada perselisihan faham antara mangsa dengan pelajar lain. Sejurus kejadian, mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubungnya pada pagi tadi.
Terdahulu, beberapa insiden buli dengan cara memukul rakan pelajar serta melakukan perkara yang lebih terkutuk di kawasan sekolah serta asrama pelajar pernah dilaporkan oleh media sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sumber : BERNAMA
Artikel Berkaitan : Netizen akan bantu uruskan, ahli politik seru sebar video buli agar pelaku dibawa ke muka keadilan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun Ditikam Kawan Sekelas, Remaja Aussie Ini Masih Nak BFF Dengannya! Alasan Dia..

Isi Kandungan
Toggle
Katanya kepada mahkamah semasa perbicaran berlangsung, ia berikutan penyakit mental yang dihadapi rakan karibnya..
O-kay…
Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dari Adelaide, Australia memaafkan kawan karib yang bertindak menikamnya ketika berada di dalam kawasan sekolah. Malah dia juga mendakwa masib berkawan rapat (BFF) dengannya!
Girl, are you crazy??
Mangsa yang tak ingin identiti dikenali berdepan kecederaan pada bahagian paru-paru selepas ditikam dan nyawanya hampir diancam.
Malah dia sudah merasakan hayatnya akan tamat pada bila-bila masa.
Semasa bercakap di mahkamah, katanya, “Semua berlaku dalam situasi slow motion. Saya rasakan saya sudah tinggalkan jasad dan mungkin sekali akan mati.”

Jadi bagaimana mangsa boleh memaafkan suspek? Itu persoalan yang berlegar dalam minda ramai pengikut kes ini.
“Amber (suspek) adalah seorang yang pendiam. Tindakannya menikam saya bukanlah tindakan yang dilakukan dengan niat untuk membunuh tetapi ia adalah tindakan responsif yang disebabkan penyakit mental.
“Bagi saya, kemaafan adalah cara untuk melupakan apa yang terjadi dan menyayangi dia (Amber) walau apa yang terjadi. She needs to be loved the most, at this moment.
*
Suspek, Amber Brea Rover tidak dapat menghadiri perbicaraan kerana masih ditahan di wad psikiatri pada hari Khamis minggu ini. Namun, dia terlibat dalam perbicaraan melalui teknologi video streaming secara langsung.

Amber didapati TIDAK BERSALAH mengakibatkan kecederaan parah kepada kawan sendiri kerana dia tidak berada dalam keadaan mental yang stabil ketika insiden berlaku di Renmark High School, Riverland Adelaide.
Malah, pembebasan Amber juga disokong oleh satu laporan psikiatri yang berkata Amber menghidap penyakit Schizophrenia dan dalam kondisi psikotik sehingga tergamak menikam kawannya sendiri.
Berikutan itu, dia akan menghabiskan tempoh dalam tahanan kesihatan mental sebelum dibenarkan pulang setelah stabil.
*
Untuk pengetahuan, mereka berdua sempat memuat naik wefie seminggu sebelum insiden berlaku ketika masing-masing mengikuti lawatan sekolah musim sejuk.
Seminggu kemudian, seorang ditikam dan seorang lagi ditahan di dalam wad. Takut kan?
Bagi penulis, insiden ini mengajar kita untuk mengetahui serba sedikit latar belakang kawan karib sendiri. Apkaha jenis penyakit yang mereka hadapi atau sekiranya mereka okay dengan kehidupan semasa.
Setidak-tidaknya, kita boleh membantu dia untuk pulih atau kita boleh berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Sumber: Daily Mail
VIDEO REMAJA
Ucap Selamat Tinggal Melalui Instagram Story, Peminat Kesan Cubaan Bunuh Diri KARA Goo Hara

REMAJA tidak mempunyai niat lain, hanya sekadar ingin berkongsi pendapat dan pandangan terhadap isu ini selain daripada mendidik remaja khususnya.
Berikutan daripada kes bunuh diri di kalangan remaja kian meningkat termasuk remaja di Malaysia, isu bintang kpop Goo Hara yang dahulunya popular dengan grup wanita KARA, dikhabarkan hampir membunuh dirinya akibat tekanan daripada pelbagai pihak.
Goo Hara yang berusia 28 tahun itu dijumpai oleh pengurus peribadinya sendiri dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya. Pengurus Hara bertindak serta-merta setelah menghidu niat wanita itu. Goo Hara ditemui pengsan di dalam bilik yang dipenuhi asap dan terus dibawa ke hospital berdekatan.
Hara sempat menyampaikan kata-kata terakhir di Instagram Story nya dengan kata-kata depresi yang diakhiri dengan ‘selamat tinggal’ Sabtu lalu. Bukan saja pengurus peribadinya, malah netizen juga dapat merasakan ada sesuatu tidak kena pada posting wanita itu. Rata-rata memberi kata-kata semangat kepada wanita itu agar tidak membuat keputusan melulu dan terus tabah dalam menghadapi dugaan.
Goo Hara sebelum ini mendapat perhatian netizen di Korea Selatan ekoran kes dera oleh bekas teman lelakinya sendiri. Malah penyanyi dan pelakon di bawah agensi Keyeast Entertainment itu mendapat kecaman bertubi-tubi daripada peminat apabila dia menjalani pembedahan plastik pada wajah.
Korea Selatan menduduki tangga ke-10 dan merupakan negara Asia pertama terkenal dengan kes bunuh diri. Hara bukanlah kes pertama kerana ramai selebriti terkenal negara tersebut melakukan percubaan membunuh diri malah ada antara mereka berjaya membunuh diri mereka sendiri.
Antara selebriti terkenal yang telah menarik nyawa mereka sendiri adalah Shinee Jonghyun dan pelakon drama Winter Sonata, Park Yong Ha.
Antara perkara yang menjadi punca ramai membuat keputusan untuk membunuh diri adalah media sosial yang membawa kepada penyakit depresi. Budaya di Korea Selatan tidaklah seindah wajah ahli kumpulan BTS ataupun Red Velvet. Kebanyakan selebriti hidup untuk memuaskan kehendak orang sekeliling mereka terutamanya peminat.
Sikap masyarakat yang mengagung-agungkan selebriti seperti tuhan dan menuding jari apabila mereka melakukan kesalahan dah jadi asam garam industri hiburan tak kira negara. Mereka terpaksa menjaga penampilan, menjaga tingkah laku agar dilihat sempurna di mata masyarakat. Perlu tahu, selebriti juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada silap meskipun peminat adalah sumber rezeki selebriti tersebut.
Dikhabarkan, ini kali kedua Hara mencuba untuk membunuh dirinya. Walau bagaimanapun, dia kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dalam proses pemulihan.
Apa yang REMAJA cuba sampaikan di sini, tak kira sebesar mana pun kesilapan seseorang itu, kita yang melihat perlu bantu mereka bukan terus mengecam.
Pernah Disekat & Sambut Konvo Di Airport, Syed Saddiq Bantah Tarik Ijazah Pelajar Protes Minta VC Letak Jawatan

Isi Kandungan
ToggleMajlis konvokesyen merupakan satu majlis yang terindah dan dikenang sepanjang hidup, selepas penat lelah belajar hingga bergelar graduan.
Namun insiden baru-baru ini yang viral apabila seorang pelajar membuat “hal” ketika menghadiri hari konvokesyennya sedikit sebanyak menggugat institusi pendidikan negara.
Terpanggil untuk bersuara dan memberikan pendapatnya, Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman sebentar tadi ada memuat naik sekeping gambar 'throwback' ketika dia menyambut konvo dengan caption yang panjang lebar di laman sosialnya.

Syed Saddiq menceritakan pengalamannya sendiri yang pernah disekat daripada menghadiri majlis konvokesyen kerana kelantangannya menentang rasuah dan salah guna kuasa. Menurut Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar menegaskan setiap orang bebas untuk bersuara dan perkara itulah yang perjuangkannya sejak dari dahulu lagi.
Pernah Merasai Pengalaman
Tambah beliau, pernah disekat daripada menghadiri majlis konvokesyen kerana kelantangan saya menentang rasuah & salahguna kuasa.
Difahamkan hampir 90,000 individu menandatangani petisyen menuntut UM menarik balik ijazah sarjana muda milik Wong Yan Ke menongkah arus apabila membawa naik placard meminta Naib Canselor UMDr Abdul Rahim Hashim meletakkan jawatan ekoran didakwanya memberi ucapan agak rasis ketika Kongres Maruah Melayu berlangsung minggu lalu.

Pun begitu, katanya, menghukum penuntut terbabit dengan menarik balik ijazah yang diterima bukanlah langkah yang wajar.
Perasaan Ibu Bapa
Sebaliknya, orang yang tidak bersetuju dengan tindakan penuntut terbabit boleh mengkritik dan mengecam tindakan tersebut tanpa merampas ijazah yang diusahakan selama lebih empat tahun

Kata Syed Saddiq lagi , majlis konvokesyen adalah detik untuk penuntut meraikan kejayaan yang dicapai, dan lebih penting, menurutnya, waktu untuk ibu bapa berasa bangga melihat anak mereka bersarung jubah dan menggenggam ijazah.

Menurutnya lagi, bagi sesetengah orang mungkin segulung ijazah itu tidak begitu penting, namun keadaan adalah sebaliknya buat ibu dan bapa yang berasa sangat bahagia.
"Siapa yang tak nak hadir majlis konvokesyen sendiri setelah 4 tahun berpenat lelah menuntut ilmu? Akhirnya, “majlis konvokesyen” di Airport bersama mama & abuyah.
Pun begitu, katanya, menghukum penuntut terbabit dengan menarik balik ijazah yang diterima bukanlah langkah yang wajar.
.
Dalam kita bebas bersuara, kita juga perlu belajar untuk menghormati keadaan atau situasi setempat.
.
Jangan disebabkan kita, saat gembira dan bermakna orang lain tercalar. Majlis Konvokesyen adalah majlis untuk kita meraikan kejayaan para pelajar dan yang lebih penting, untuk ibu bapa bangga melihat anak-anak mereka bersarung jubah dan menerima segenggam ijazah.
.
Mungkin bagi kita, segulung ijazah tidak penting, tetapi bagi ibu dan bapa kita, itu sangat bermakna dan membahagiakan.
.
Saya tidak nafikan hak pelajar untuk bersuara tetapi saya secara peribadi percaya itu bukanlah tempat yang terbaik untuk protes kerana hari itu bukan sahaja untuk diri kita sendiri, tetapi untuk kawan-kawan dan keluarga mereka juga.
.
Setiap orang bebas untuk bersuara dan itulah juga yang saya perjuangkan sejak dahulu lagi. Jadi, saya faham bagaimana rasanya suara kita disekat, dikenakan tindakan hanya kerana tidak setuju dengan pentadbiran universiti mahupun negara.
.
Dalam meraikan pendapat semua pihak, kita harus bersedia untuk bersetuju dengan yang tidak bersetuju.
.
Oleh itu, saya tidak bersetuju dengan gesaan untuk menarik balik ijazah pelajar itu. Kita boleh kritik & kecam tindakan beliau tanpa merampas ijazah yang diusahakan selama lebih 4 tahun.
.
Ruang kebebasan harus dipandu dengan sikap bertanggungjawab. Saya menghormati hak demokrasi setiap rakyat tetapi setiap tindakan harus datang bersamanya tanggungjawab. Kita raikan demokrasi yang matang dan tanggungjawab ini harus dipikul oleh pelajar dan universiti.
.
Apa-apapun, tahniah saya ucapkan kepada semua siswa yang sudah berjaya merangkul segulung ijazah. Make your Malaysia proud!,"
Nasihat REMAJA, berfikirlah dengan baik sebelum nak buat apa-apa tu. Macam peribahasa nasi dah jadi bubur, nak kesal pun tak guna. Setiap orang mempunyai alasan dan asbab mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan. Chill bro!
Sumber : Instagram Syed Saddiq