Lagi Kes COVID-19 Dicatatkan Di 1 Utama, Kakitangan Komugi Sah Positif

Share

Kompleks beli-belah 1 Utama sekali lagi mencatatkan kes positif COVID-19 apabila seorang kakitangan di premis Komugi disahkan positif COVID-19.

Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh pihak pengurusan premis terbabit dalam laman Facebook mereka. Kakitangan itu disuruh untuk tidak datang bekerja pada 2 November 2020, setelah menunjukkan gejala.

Premis cawangan 1 Utama itu juga ditutup serta merta dan semua makanan dan bungkusan yang terdedah terus dibuang. Selain itu, setiap orang yang berhubung dengan kakitangan terbabit telah dikenal pasti dan dikuarantin serta menjalankan ujian swab jika perlu.

Semua pelanggan yang mengunjungi Komugi 1 Utama pada 1 dan 2 November 2020 akan dihubungi oleh pegawai kesihatan dari KKM jika diperlukan. Pelanggan juga boleh menghubungi talian 03-6140 2430 atau e-mel kepada customerservice@komugi.com.my jika mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.

Bila dengar berita seperti ini, rasanya memang lebih baik jika kita duduk di rumah sahaja dan berhenti berkunjung ke tempat-tempat yang ramai orang. Jika perlu pun, pastikan patuhi SOP yang ditetapkan dan jangan lupa untuk sentiasa memakai pelitup muka.

Paling penting, jangan pula korang lupa untuk scan MySejahtera atau tulis nama dan nombor telefon pada setiap premis yang dikunjungi. Disebabkan seperti perkara-perkara inilah akan memudahkan KKM untuk menghubungi kontak rapat.

Stay home & stay safe guys!

Sumber: Komugi Malaysia

Published by
Noor Ain Norman