Lagi Kes Pemandu Mabuk! 3 Beradik Maut Dilanggar Ketika Beli Aiskrim

Share

Isu pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol bagai tiada kesudahannya. Sudah terlalu banyak kes dilaporkan di media massa dan ia mendatangkan kemarahan orang ramai yang melihat isu ini bagai tiada kesudahannya.

Insiden melibatkan pemandu mabuk alkohol ini tidak hanya terjadi di negara kita tetapi juga di luar negara.

Terkini, tiga beradik, Antony, 13 tahun, adiknya, Angelina, 12 dan Sienna, 9 tahun maut di lokasi kejadian ketika masing-masing di dalam kegembiraan untuk membeli aiskrim sebelum dilanggar sebuah kereta yang yang dipandu di bawah pengaruh alkohol. Turut menemui maut ialah sepupu kepada kanak-kanak ini.




Dalam satu kejadian di Bettington Road di Otlands sekitar jam 10.00 malam,pada 1 Februari lalu tiga kanak-kanak ini menemui maut di lokasi kejadian selepas dilanggar kereta berkenaan.
Lebih menyayat hati, seorang lagi adik mereka yang berusia 10 tahun berada dalam keadaan serius namun stabil.

Menurut bapa kanak-kanak ini, hatinya begitu terluka dan jiwanya mati selepas mengetahui kejadian menimpa ketiga-tiga anaknya ini.

Jelas Danny Abdallah, dia sama sekali tidak menyangka kegembiraan anak-anaknya untuk menikmati aiskrim berakhir dengan tragedi.







“Jiwa saya mati saat mengetahuinya. Untuk pemandu-pemandu, belajarlah lebih berhati-hati agar perkara sebegini tidak terjadi khususnya kepada kanak-kanak kecil,” katanya memaklumkan, dua lagi anak saudaranya berusia 10 dan 13 tahun turut mengalami kecederaan tetapi stabil.

“Saya sudah habisan kata-kata. Jiwa rasa mati. Hari ini kita bangun dari tidur dan melihat keriangan anak-anak tetapi malamnya kita kehilangan mereka sekelip mata. Hidup jadi terlalu kosong,” katanya memaklumkan anak sulungnya, Antony adalah peminat sukan basketball.

“Dirinya ingin bermain dan memberi penghormatan kepada mendiang Kobe Bryant. Masa yang sama, Angelina juga seorang yang selalu membantu. Sienna juga adalah pendamping saya dan kini kesemuanya sudah pergi ke tempat yang lebih baik untuk mereka,” katanya dalam satu temuramah.

Dalam pada itu, jurucakap polis Sydney berkata, pelaku iaitu Samuel Davidson menghadapi 20 pertuduhan salah laku.

Ini termasuk empat pertuduhan melibatkan kematian dan berada di bawah pengaruh alkohol.
“Ketika ujian pernafasan dilakukan, kadar alkohol dalam tubuhnya tiga kali ganda dari dibenarkan oleh undang-undang Australia. Malah permintaan untuk diikat jamin juga ditolak sehingga kesnya dibicarakan pada 2 April akan datang

Jelas dahkan, bahawa memandu dalam keadaan pengaruh alkohol ini sangat merbahaya. REMAJA ingin bertanya, bilakah penguatkuasaan memandu dalam keadaan pengaruh alkohol ini akan dikuatkuasakan di negara kita kerana sudah banyak kes dipaparkan di media massa.

Adakah sehingga lebih banyak nyawa terkorban atau kita ambil sikap, tunggu dan lihat? Sumber : Sky News

Published by
Almaswa Haji Che Ros