Makin menjadi-jadi pula mereka ni!
Belum reda kes isu pemuda pura-pura menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) demi mendapatkan parking lot di sebuah pusat beli-belah, timbul lagi satu video viral berkenaan beberapa orang wanita berkelakuan tidak normal ketika menggunakan tandas khas untuk golongan OKU.
Video tersebut tular di media sosial setelah seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @joker896 itu jelas menunjukkan dua orang wanita yang dipercayai penunggang basikal sedang bergelak ketawa di hadapan tandas yang tertera simbol OKU.
@j0ker896♬ bunyi asal – user6996176328663
Seperti mempersendakan golongan kurang bernasib baik itu dan video tersebut juga diiringi dengan gelak ketawa apabila melihat salah seorang daripada mereka berlakon seolah-olah mengalami kecacatan.
Sebelum ini, rentetan dari isu persenda OKU dan menggunakan kemudahan OKU, Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata tindakan mereka yang berpura-pura menjadi OKU dan menceroboh kemudahan dikhaskan itu, telah mempersendakan golongan istimewa terbabit.
“Kalian semua telah mempersenda dengan mempergunakan parkir OKU dan berlakon diri anda sebagai seorang OKU.
“Sudahlah (keadaan) kami susah, orang semua selalu memandang rendah terhadap kami, orang semua menggunakan kemudahan yang disediakan dan dikhaskan untuk kami.
“Kita semua akan menjadi OKU suatu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempermain dan mempersendakan kami. Sila pohon maaf kepada komuniti OKU,” katanya dalam video di Facebook beliau semalam.
Dalam hantaran itu, Ras Adiba turut memaparkan video mengenai dua pemuda terbabit yang berkongsi cara mendapatkan parkir di pusat beli-belah dengan berpura-pura menjadi OKU.
Video tersebut turut menunjukkan aksi seorang daripada mereka berlakon sebagai OKU dengan berjalan dalam keadaan tidak sempurna.
Terbaru, membalas respon negatif daripada warganet, tiktoker tersebut dengan nama akaun iswanishak, tampil memohon maaf dalam satu video yang lain.
@iswanishakKepada rakyat malaysia dan golongan oku saya memohon maaf🙏🏻..matlamat video itu tersalah erti..silap nya dari saya .terima kasih kerana menegur saya♬ original sound – iswan ISHAK
Kata Iswan Ishak, “Saya nak minta maaf terlebih dahulu berkenaan video tersebut, mungkin salah saya sebab tak habis cerita.”
Dia mengakui bahawa video tersebut adalah konten untuk tiktoknya, namun konten tersebut hanyalah lakonan kawannya untuk menunjukkan realiti masa sekarang.
Hmm…tak tahu lah apa motif mereka mereka merakam dan melakukan video tersebut. Tapi jika saja-saja untuk merendahkan-rendah kan golongan OKU. Ia memang tidak patut…tiad siapa di dunia ini diminta untuk dilahirkan sebagai seorang OKU.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : TikTok, Bernama