Sebagaimana kita sedia maklum. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Malaysia telahpun dilanjutkan lagi sehingga 31 Mac 2021.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media harian PKPP baru-baru ini. PKPP yang dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2020 dilanjutkan lagi selepas kes Covid-19 di negara ini masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda.
Terbaru, pusat beli belah jenama perabot terkemuka, Ikea mengesahkan terdapat beberapa kes Covid-19 melibatkan pasaraya ini.
Tutup Cawangan
IKEA melalui laman facebook rasminya mengesahkan hal tersebut serta mengumumkan cawangannya di Damansara ditutup buat sementara mulai hari ini susulan beberapa kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan kakitangannya serta pihak vendor perkhidmatan.
Korang tolong jaga SOP dan jangan merayau merata-rata okay….penulis risau dengar kes-kes posotif Covid19 disekeliling kita ni…huhu
Sumber : Facebook Ikea
Rumah Anda Panas Akhir-Akhir Ni? Ini 3 Sebab Utama & Cara Mengatasinya
Isi Kandungan
ToggleRamai yang mengeluh dengan cuaca panas hari ini. Mana tidaknya, kalau tidur waktu malam pun boleh berpeluh-peluh, ini kan pula pada waktu tengah hari. Memang basah lencun la baju macam dalam sauna.
Cuaca panas terik yang melanda Semenanjung sekarang dijangka berterusan sehingga minggu depan, susulan tempias Taufan Lan yang menggegarkan timur Filipina pada Selasa lalu (bharian.com).
Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian kami apabila sebuah blog, Root of Science telah menyentuh secara ringkas tentang sains bangunan dan pengkhususan di dalam bidang seni bina yang menjadi punca kenapa rumah kita berasa panas.
Berikut merupakan tiga sebab utama pemanasan rumah dan strategi untuk mengatasinya, nak-nak time cuaca panas sekarang ni.
1. Dilanda sinaran matahari secara langsung
Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini dengan baik. Sinaran matahari yang terkena pada dinding rumah, lantai dan ruang dalaman rumah akan menyebabkan peningkatan suhu mendadak.
Strategi terbaik untuk mengelakkan sinaran matahari daripada memancar secara langsung di bahagian-bahagian rumah anda adalah seperti yang berikut:
• Gunakan awning
Penggunaan awning akan meredupkan bukaan tingkap atau pintu. Ia juga dapat melindungi dinding daripada menyerap haba.
• Tanam pokok sebagai teduhan
Daun yang merimbun dapat menghalang sinaran matahari dan menyejukkan persekitaran luar rumah.
• Gunakan penebat haba di bumbung
Ini kerana bumbung akan menerima sebahagian besar haba dari matahari dan akan memanaskan udara di antara bumbung dan siling rumah. Penebat haba mampu untuk mengurangkan kesan pemanasan ruang ini.
• Melapisi dinding dengan lapisan tambahan
Penggunaan material seperti lapisan komposit aluminium, veneer atau lapisan bata perhiasan.
• Cat dinding dengan warna yang cerah
Warna yang cerah akan memantulkan cahaya, sementara warna yang gelap pula akan menyerap cahaya. Apabila cahaya diserap, tenaga itu bertukar menjadi haba.
• Guna langsir, tirai atau skrin
Sama seperti awning dan teduhan pokok, langsir, tirai atau skrin juga dapat melindungi bahagian dalam rumah dan membenarkan aliran angin yang bebas.
• Menghalang bukaan yang menghadap matahari terbenam
Suhu paling panas adalah pada waktu petang antara 2pm hingga 4pm. Jadi sebaiknya, bukaan yang menghadap matahari petang dihadang bagi mengurangkan rasa rimas dan tidak selesa.
2. Tidak mempunyai pengudaraan yang baik
Untuk menangani masalah panas di dalam rumah adalah dengan memastikan semua udara panas yang terkumpul tersebar keluar dan digantikan dengan udara sejuk.
Tanpa pengaliran udara yang baik, haba ini akan terkumpul di waktu siang dan boleh berpanjangan sehingga waktu malam dan ini menyebabkan rasa tidak selesa.
Bagi mengatasi masalah ini, rumah anda patut mempunyai bukaan yang menggalakkan aliran udara masuk dan keluar seperti:
• Bukaan tingkap yang luas bagi memastikan kadar ACH (Air Changes per Hour) yang efisien.
• Aliran udara yang tidak terhad. Perabot, dinding dan langsir tebal yang merintangi penggerakan udara boleh menyekat dan membataskan pergerakan udara.
• Gunakan air well iaitu ruang vertikal yang terbuka di bahagian tengah rumah, kebiasaannya di bahagian tangga.
Ia direka bagi membolehkan udara panas bergerak ke atas dan seterusnya keluar melalui bukaan tingkap berdekatan siling rumah.
Apabila ini berlaku, udara sejuk bergerak masuk menggantikan ruang tekanan rendah yang ditinggalkan oleh udara panas.
• Gunakan kipas ekstrak di aras yang tinggi (berdekatan dengan siling) bagi membolehkan udara panas dikeluarkan dengan cepat.
• Menyeragamkan hala kipas angin berdiri. Sekiranya laluan angin datang dari hadapan rumah, maka digalakkan untuk menggunakan kipas berdiri (atau kipas meja) dan menyeragamkan hala kipas itu agar bertiup ke belakang rumah.
• Gunakan kipas siling menghala ke atas di bahagian air well. Kipas ini akan berfungsi sebagai kipas pengekstrak. Namun, kaedah ini belum terbukti sekiranya diambil kira kos elektrik yang terlibat.
3. Kesan Urban Heat Island (UHI)
UHI adalah situasi di mana sesuatu kawasan bandar mengalami taburan suhu yang lebih tinggi dari persekitaran luar bandar. Perbezaan suhu ini terjadi apabila kawasan bandar yang dibangunkan mempunyai elemen-elemen yang memerangkap atau menjana haba yang berterusan.
Contohnya, permukaan berwarna gelap seperti jalan raya menyerap lebih banyak radiasi matahari. Oleh kerana kawasan bandar mempunyai lebih banyak rangkaian jalan raya yang berselirat, ini menyebabkan luas kawasan yang akan menyerap haba lebih besar.
Masalah ini ditambah dengan kurangnya tanaman pokok-pokok di dalam kawasan bandar dan menyebabkan kurang tempat berteduh dan kesan penyejukan pokok-pokok tersebut.
Haba yang terbuang hasil daripada penggunaan kenderaan, pendingin hawa dan industri secara umumnya juga menyumbang kepada peningkatan UHI.
Diharap dengan sedikit perkongsian yang dibuat ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah ruang dalaman rumah yang panas.
Unik Berkebaya, Busana Miss World Malaysia 2021 Raih Pujian
Siapa lagi di antara korang yang bersetuju sekiranya REMAJA katakan seseorang wanita itu akan bertambah cantik apabila si dia menyarungkan pakaian tradisional?
ARTIKEL BERKAITAN : 10 Selebriti Indonesia Cantik Berkebaya Sempena Hari Pahlawan
Bersempena sesi penilaian tertutup bersama para juri di pertandingan Miss World 2021, wakil Malaysia iaitu Dr Lavanya Sivaji telah menyajikan gaya persalinan yang bukan sahaja unik malahan membanggakan nama negara.
Lavanya tergolong dalam kelompok 40 wakil negara terbaik dam bakal berentap di pentas akhir Miss World 2021 pada 17 Mac ini.
Semua tahu sesi temuramah ini adalah di antara sesi terpenting bagi wakil setiap negara. Lalu, Lavanya tampil bersedia dalam persalinan berkebaya dengan sedikit twist kontemporasi hasil rekaan pereka fesyen duo berbakat, AMAZÉ.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Amar dan Zeed yang merupakan tunjang belakang kepada rumah fesyen Malaysia itu, persalinan songket hitam-emas-perak buat Lavanya ini menggabungkan elemen tradisional namun tetap dengan suntikan kontemporari.
Ia bukan saja demi menjamin keselesaan wakil negara itu malahan menambat hati juri serta mewarnai lagi pakej Lavanya sebagai wakil Malaysia dari sudut pandang pemerhati fesyen sedunia yang sedang menonton.
Persalinan ini terdiri daripada bahagian Kebaya atas dengaan olahan siluet peplum berpusang di belakangnya. Ia dipadankan pula dengan seluar mengikut potongan kaki dan juga kasut tumit tinggi; juga dalam fabrik songket sama. Lavanya tidak memerlukan terlalu banyak penambahan aksesori selain kerongsang klasik sebagai pelengkap gaya.
Dalam hantaran di akaun Instagram, Lavanya mengirimkan ucapan terima kasih kepada AMAZÉ kerana menghasilkan busana cantik bagi hari yang amat penting dan bermakn untuknya selama menggalas tugas membawa nama Malaysia di platform pertandingan Miss World 2021.
“Selesai penilaian tertutup saya untuk Miss World hari ini. Dan ia sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan, bercakap dengan orang yang hebat,” antara yang dicatatkan olehnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Malaysia Sertai Top 40 Miss World 2021, ‘Terbang’ Semula Ke Puerto Rico Mac Ini – REMAJA
Acapkali dilihat dalam helaian gaun mewah, sekali sekali menyarung helaian klasik kontemporari apa salahnya bukan?
Untuk pengetahuan, sebelum ini AMAZÉ pernah menghasilkan persalinan khas buat wakil Malaysia ke Miss Universe 2018 iaitu Jane Teoh.
BACA LAGI : Walaupun Jadi Mangsa Siber Buli, Jane Teoh Tak Mudah ‘Lembik’ & Patah Semangat – REMAJA
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam Sejarah Olimpik 2020, Dua Atlet Lompat Tinggi Kongsi Pingat Emas
Kehangatan penganjuran temasya sukan terbesar dunia, Olimpik Tokyo 2020 pastinya mencatatkan pelbagai sejarah.
Selain ditunda selepas setahun, negara tuan rumah yang sememangnya terkenal dengan kecanggihan teknologi tampil dengan inovasi yang membuka dan mencuri tumpuan semua.
Terbaharu, kisah atlet Qatar dan Itali bagi acara lompat tinggi menjadi perhatian. Semalam atlet Qatar, Mutaz Barshim menambah pingat emas Olimpik dalam gelaran dunianya ketika berkongsi kejuaraan dengan Gianmarco Tamberi dari Itali dalam acara lompat tinggi lelaki baru-baru ini.
Barshim dan Tamberi mencatat lompatan terbaik 2.37 meter (m) semetera Maksim Nedesekau dari Belarus juga berjaya melakukan lompatan pada ketinggian tersebut sekaligus memecah rekod kebangsaan negaranya.
Bagaimanapun, Nadesekau terlepas pingat emas susulan daripada kegagalan pada lompatan awal.
Namun, Mutaz Barshim bertanya kepada pegawai pertandingan sama ada adakah mereka boleh berkongsi pingat emas itu berbanding pemenangnyaperlu ditentukan dengan jump off.
Rata-rata penonton terharu apabila kedua atlet tersebut berpelukan dan meraikan kemenangan bersama.
Qatar’s Mutaz Essa Barshim and Italy’s Gianmarco Tamberi agreed to share their high jump gold medal after their match ended in a tie
What a moment ❤️ #TokyoOlympics
(via @peacockTV)pic.twitter.com/ySi52abYbq
— Bleacher Report (@BleacherReport) August 1, 2021
Ini merupakan satu lagi sejarah dalam temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun ini. Perkara ini bukanlah asing dalam temasya Olimpik apabila pada edisi Olimpik Rio, Simone Manuel dari Amerika Syarikat dan Penny Oleksiak dari Kanada berkongsi pingat emas dalam acara renang gaya bebas 100 meter.
Sumber: AFP