Kebelakangan ini kita sering dengar berita tentang individu yang cuba ‘mengambil’ nyawa sendiri dengan percubaan terjun dari tempat yang tinggi.
Semalam sahaja, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor berjaya menyelamatkan seorang wanita yang cuba terjun daripada tingkat 32 sebuah kondominium di Sungai Buluh, Selangor.
Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 7.52 malam dan seramai 19 anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan lokasi.
“Sewaktu tiba di tempat kejadian didapati seorang wanita berada di tepi bangunan di tingkat 32 kondominium berkenaan dipercayai cuba bunuh diri. Bagaimanapun, tindakan pantas bomba berjaya memujuk dan selamatkan mangsa.
Penulis faham, dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk elak kes Covid-19 semakin menular mengubah 360 darjah corak kehidupan majoriti masyarakat apabila ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan sekali gus menjadi punca kepada peningkatan penyakit jiwa atau mental.
Korang harus ingat bahawa penyakit ini masih boleh diubati dan sebenarnya dah ramai individu yang pulih daripada masalah ini setelah menjalani rawatan.
Depresi bukan gila. Ia hanyalah satu penyakit mental yang boleh dirawat. Jangan malu untuk berjumpa pakar, sebaliknya terlebih dahulu cuba korang check simptom-simptom yang mungkin dialami sekiranya mempunyai masalah depresi.
1. Rasa kosong
Sedih tidak, happy pun tidak. Perasaan takut mati pun tiada. Hidup tak ubah seperti mayat.
2. Susah untuk senyum
Pura-pura senyum tu boleh, tapi bukan senyum yang datang dari hati.
3. Mudah marah
Silap sikit saja boleh mengamuk. Kadang hal yang remeh pun boleh membuatkan korang marah.
4. Cepat letih
Buat kerja tak banyak mana pun, tapi letih tu macam baru balik dari panjat bukit. Letih otak, letih badan. Simptom ini jugalah yang membuatkan pesakit boleh dimasukkan ke dalam wad. Tak demam, tidak buat apa-apa aktiviti berat tapi badan tak bermaya.
5. Rambut gugur
Bangun tidur, 10 helai rambut atas bantal. Tepi katil pun banyak. Bukan gugur dua, tiga helai tetapi boleh dikatakan selak sikit rambut ada saja yang dapat di tangan.
6. Lenguh badan
Setiap minggu kalau boleh nak pergi berurut. Sakit leher, sengal pinggang dan migrain pun ada.
7. Malas bangun tidur
Ini paling ketara. Kalau boleh nak baring saja atas katil. Tak nak buat kerja atau apa-apa aktiviti langsung.
8. Tidak rasa segar walaupun selepas mandi
Letih yang sama, panas yang sama, ketidakselesaan yang sama. Walaupun sudah pergi memanjakan diri di spa, tapi masih tidak rasa seronok.
9. Tidur yang tidak puas
Nak tidur bukan main susah. Dah tukar bantal khas untuk imsomnia, tukar tilam khas untuk tulang belakang dan try minum green tea sekali pun tetap tidak berkesan. Tapi kalau tidur lama pun, tak rasa macam tidur.
10. Ingin bersendiri
Tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa pun. Tutup Facebook, tutup Instagram, tutup phone, tutup pintu.. Berdiam dalam bilik. Rasa nak lari dari rumah, rasa nak mati.
11. Suka berbual dengan diri sendiri (dalam kepala)
Lebih suka bersendiri dan bermonolog. Macam-macam discussion ada dalam kepala. Seronok layan kepala sendiri, tak nak berbual dengan manusia.
Ha, ada yang mengalami simptom-simptom seperti ini tak? Nah, kalau ada pun korang tetap kena pergi berjumpa dengan doktor dulu untuk mengesahkannya. Tapi penulis tak setuju kalau korang jadikan tekanan hidup ini sebagai alasan untuk korang ‘mengambil’ nyawa sendiri.
Sumber: Harian Metro, Zeeda Aziz via FB Depresi Bukan Gila