Situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara nampaknya semakin membimbangkan kerana disebabkan arahan PKP yang dilaksanakan hampir di seluruh negara, ramai yang terpaksa bergelut untuk mencari wang demi kelangsungan hidup.
Sektor pelancongan antara yang terjejas teruk akibat PKP dari awal tahun lalu lagi. Namun ia seakan beransur pulih pada pertengahan tahun kerana rakyat Malaysia sudah dibenarkan untuk merentas negeri. Pun begitu, tidak sampai beberapa bulan selepas itu, negara kita sekali lagi telah mengarahkan perlaksanaan PKP dilakukan di seluruh negara.
Selain daripada peniaga-peniaga kecil, industri perhotelan juga mengalami kerugian yang teruk dan terpaksa melakukan pelbagai cara untuk memastikan perniagaan mereka masih lagi boleh bernafas, supaya dapat membayar gaji pekerja.
Ads
Sebelum ini telah tular di media sosial pasukan Hotel Red Rock di Pulau Pinang mengambil inisiatif menjual makanan di luar bangunan hotel. Bukan hanya pekerja, malah pengurus hotel turut turun padang untuk menjual bungkusan makanan tersebut.
Hotel Jen Penang Shangri-La yang bertaraf empat bintang juga mempraktikkan konsep yang sama dengan mendirikan gerai bagi membolehkan beberapa tukang masak terkemuka menyediakan pelbagai sajian di luar hotel berkenaan berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Ads
Tidak hanya berlaku di Pulau Pinang, hotel terkemuka Duyong Marina Resort juga tidak mahu duduk diam dan pihak pengurusan mereka mengambil inisiatif untuk menjual nasi bajet di tepi jalan. Pengurus Besar berbaju kemeja, seluar slack dan berkasut kulit sendiri turun padang untuk mempromosikan jualan makanan daripada hotel mereka.
Lokasi jualan adalah selepas Petron Jambatan Sultan Mahmud, beroperasi dari jam 11 pagi hingga 3 petang. Nasi bajet yang dijualkan hanyalah berharga RM3.
Ads
Sungguh ramai yang bergelut untuk mendapatkan sesuap nasi. Jika korang antara individu yang masih berkemampuan, marilah kita menyokong perniagaan mereka dan secara tidak langsung, dengan sedikit bantuan ini dapatlah kita memberikan sumber pendapatan buat mereka.
Aktiviti menunggang basikal lajak sebenarnya telah wujud sejak bertahun lama dulu.
Namun mungkin ketika itu faktor jalan raya yang tidak sibuk dan tahap kenakalan remaja yang tidak terlalu ekstrim, membolehkan ia diterima masyarakat sebagai aktiviti riadah pada waktu petang..
Gambar Hiasan
Buat pelumba basikal lajak ini, gaya seakan menunggang turut memainkan peranan apabila mereka dilihat menundukkan seolah-olah ‘memotong angin’ tatkala tangan memacu pemegang basikal seolah-olah sedang berada di litar perlumbaan.
Terbaru, seorang lelaki berkongsi video mengangkut ‘budak-budak basikal lajak’ menggunakan van jenazah. Dia dipercayai cuba menimbulkan rasa insaf dalam diri sekumpulan remaja itu.
Angkut guna van jenazah
Menerusi video berdurasi 3:18 saat tersebut, kelihatan seorang remaja menangis ketika ditegur menipu ibu bapa semata-mata mahu bermain basikal lajak. Kata remaja tersebut, dia diajak rakan kononnya ada event. Dia juga mengakui insaf dan tidak mahu mengulangi perbuatan tersebut.
Namun seorang lagi remaja tidak mengaku dia keluar rumah untuk berlumba. Katanya dia keluar untuk membeli minuman di kedai berhampiran tanpa pengetahuan ibu bapa. Walaubagaimanapun dia akhirnya mengaku selepas dipujuk.
Beri kesedaran
Rata-rata warganet memberikan komen positif dan setuju dengan tindakan lelaki ini memberikan kesedaran buat budak-budak basikal lajak ini.
Diharap kumpulan remaja basikal lajak ini dapat la kesedaran dari insiden ini. Moga mereka sedar bahawa basikal lajak ini mempu meragut nyawa. So apa pendapat korang, tapi penulis pun gerun kalau kena angkut guna van jenazah ini.
Dijadualkan akan dilancarkan pada penghujung tahun 2020 sebelum sukan Olimpik Musim Panas di Tokyo, pembukaan Universal Studios Japan’s Super Nintendo World nampaknya terpaksa ditangguhkan kerana situasi pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, Universal Studios Japan (USJ) khabarnya bakal membuka kawasan taman tema Nintendo di USJ, Osaka pada 4 Februari 2021. Berdasarkan dengan foto yang telah dimuat naik, nampaknya taman tema tersebut sudah hampir sempurna untuk bersiap sedia menerima kunjungan daripada pengunjung.
Kawasan Super Nintendo World akan menampilkan perlumbaan Mario Kart dan tarikan-tarikan lain berasaskan permainan Nintendo. Ia juga akan menjadi tarikan pertama berdasarkan permainan video dan memerlukan kos lebih daripada 60 billion untuk dibina. Kos ini meliputi fokus terhadap perincian untuk mewujudkan persekitaran yang ‘real’ dan binaan bangunan ikonik daripadda permainan Bowser’s Castle yang pastinya dapat memukau penonton.
Walaupun Super Nintendo World ini bakal dibuka pada Februari hadapan, restoran Mario Café & Store pertama di dunia telah beroperasi pada 16 Oktober lalu. Pengunjung dapat menikmati makanan percuma yang bertemakan eksklusif berdasarkan permainan Nintendo. Kafe ini juga didekorasi dengan tema permainan tersebut.
Rasanya hampir semua universiti awam dan institut pengajian tinggi (IPT) swasta melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dalam talian atau e-Learning seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang sedang kita alami sekarang akibat pandemik COVID-19.
Sumber Gambar : Photo by Keira Burton from Pexels
Namun, mesti banyak cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh para mahasiswa sewaktu belajar di alam maya terutamanya kekangan peranti dan kos data yang perlu ditanggung.
Ada berita baik untuk pelajar IPT, baru sebentar tadi melalui laman Twitter Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi @MOHEOfficial memaklumkan inisiatif ini.
[KENYATAAN MEDIA]
Bantuan Pelan Data dan Peranti kepada Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pic.twitter.com/ETsH964vlF
Menerusi kenyataan media KPT hari ini, inisiatif KPT juga termasuklah mendapatkan tawaran terbaik daripada syarikat pembekal pelan data dan peranti seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan tersebut.
Bukan itu sahaja, KPT juga telah mengadakan perbincangan bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk inisiatif pinjaman kewangan di bawah SKim BSN MyRinggit-COMSIS bagi mempembelian komputer riba oleh pelajar IPT.
Komitednya KPT bagi untuk memastikan semua pelajar tidak ketinggalan dan mampu mendapatkan capaian internet walau di mana berada. So korang jangan yang terlepas peluang untuk mendapatkan bantuan-bantuan ini okay!
Sumber : Twitter Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi @MOHEOfficial
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jurusolek terkenal tanah air, Syedewa, yang bertanggungjawab menata rias wajah pempengaruh Dewi pada majlis pernikahannya dengan suami, Jofliam, yang berlangsung Sabtu lalu, baru-baru ini...