Kejayaan pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia menundukkan pemain Denmark, Viktor Axelsen lewat malam semalam bagi menjuarai kejohanan badminton All England telah diraikan seluruh rakyat Malaysia termasuklah lagenda moden sukan itu sendiri, Datuk Lee Chong Wei.
Zii Jia melalui 74 minit mendebarkan di atas gelanggang sebelum kemenangan 30-29, 20-22 dan 21-9 di Utilita Arena dekat Birmingham.
Sekaligus, pemain berusia 22 tahun itu telah menjadi pemain perseorangan lelaki ketiga pada abad ini untuk membawa pulang trofi berprestij itu selepas Hafiz Hashim (2003) dan Lee Chong Wei (2010, 2011, 2014 dan 2017).
Sumber Foto : South China Morning Post
Dalam muat naik di akaun Facebook rasmi beliau, Chong Wei berseloroh dan berkata betapa gementarnya perasaan sebagai penonton perlawanan badminton berbanding jika berada di dalam gelanggang.
“Lagi nervous tengok daripada main rupanya. Tahniah Lee Zii Jia! Johan All England terbaru!
“Satu persembahan yang mengagumkan dan nampaknya, kamu telah mendapat rentak sendiri. Teruskan prestasi yang bagus ini,” catat beliau.
Tahniah Lee Zii Jia ! The new All England Champ! Awesome performance and looks like you have found your pace! Keep up the good work!
#laginervoustengokboladrpmainrupanya 😂
恭喜梓嘉🎉今晚比赛打出了自己的节奏,再接再厉! #原来看球比打球紧张啊
Posted by Lee Chong Wei 李宗伟 on Sunday, 21 March 2021
Sumber Foto : The Star
Terdahulu, Zii Jia berjaya menundukkan pemain Jepun, Kento Momota yang juga merupakan pemain pilihan pertama dalam kejohanan tersebut pada peringkat suku akhir.
ARTIKEL BERKAITAN : Lee Zii Jia Tundukkan Pemain Badminton No.1 Dunia Dan Terus Mara… – REMAJA
Dengan kejayaan semalam, Zii Jia telah membawa pulang trofi serta wang kemenangan bernilai $USD59,500 (RM244,344).
Tan Sri Muhyiddin Yassing turut tidak terkecuali meraikannya.
Beliau menasihati pemain remaja dari Alor Setar, Kedah itu agar menggunakan kemenangan ini sebagai pemangkin semangat untuk bekerja lebih keras serta mencapai lebih banyak kemenangan; memandangkan usia kariernya sebagai pemain badminton masih panjang.
“Syabas Lee Zii Jia! Kamu adalah hero kebangsaan. Tahniah kepada Persatuan Badminton Malaysia dan para jurulatih di atas kejayaan ini. Saya pasti rakyat Malaysia terutamanya peminat sukan badminton teruja dengan perkhabaran ini.”
*
Sebelum ini, pemain beregu wanita negara turut mencipta kemenangan di kejohanan Terbuka Switzerland, bulan ini.
BACA LAGI : #GirlPower : Setelah 12 Tahun, Beregu Badminton Wanita Malaysia Kembali Juarai Terbuka Switzwerland – REMAJA