Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday Saturday, Sunday!
Begitulah bait-bait lirik lagu Seven dari penyanyi terkenal Jungkook yang semakin hari semakin dikenali ramai dek kerana pengaruhnya sebagai ahli kumpulan K-Pop popular, BTS.
ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS Tewaskan Taylor Swift! Raih 15 Juta Penstriman Di Spotify Menerusi ‘Seven’
Penyanyi berusia 25 tahun itu dilaporkan terus meraih kejayaan dengan single debut solo rasminya, Seven.
Pada 14 Oktober, single debut rasmi Jungkook “Seven” (menampilkan Latto) melepasi 900 juta strim di Spotify, menjadikannya lagu terpantas untuk mencapai rekod tersebut dalam sejarah platform itu.
‘Seven’ mengambil masa hanya 92 hari untuk mencapai 900 juta, memecahkan rekod sebelumnya iaitu 93 hari yang dibuat oleh Miley Cyrus dengan lagunya, ‘Flowers’ terdahulu.
Selain itu, single baharu Jungkook ‘3D’ yang turut menampilkan Jack Harlow telah mencapai 100 juta strim pada hari yang sama—bermakna album solonya, ‘GOLDEN’ yang merangkumi kedua-dua lagu iaitu Seven dan 3D, telah berjaya melepasi jumlah 1 bilion strim sebelum dikeluarkan pada 3 November.
Lagu ikonik solonya sebelum ini juga berjaya mencipta sejarah dalam platform Spotify sebagai lagu pertama penyanyi K-pop yang pernah debut di No. 1 dalam carta Lagu Teratas Global. Memang wowzers!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Koreaboo, Soompi