Pulau Langkawi sememangnya terkenal sebagai destinasi percutian pelancong dari dalam dan luar negara disebabkan pantainya yang indah selain pelbagai tarikan di situ.
ARTIKEL BERKAITAN : Wanita Ini Kongsi Pengalaman Berkhemah Di SkyCab Langkawi Dengan Kos RM150 Sahaja
Terbaru, Pulau lagenda ini berjaya merangkul anugerah peringkat antarabangsa ‘Asia Best Awards 2022’ dan diiktiraf sebagai satu daripada Pulau Terbaik di Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib berkata anugerah itu membuktikan usaha dan dedikasi berterusan pihaknya terutama sepanjang pandemik iaitu semasa ketibaan pelancong ke pulau itu berada pada tahap kurang memuaskan.
Beliau berkata kejayaan manis itu turut diiringi dengan berita gembira apabila Four Seasons Resort Langkawi turut menerima anugerah The Best Beach and Upcountry Hotel in Malaysia 2022.
Nasaruddin berkata sebagai agensi perintis dalam pembangunan pelancongan Langkawi, LADA memainkan peranan penting untuk menjadikan Langkawi destinasi pelancongan bertaraf dunia yang terkenal seperti sekarang.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya menjangkakan ketibaan lebih ramai pelancong antarabangsa berpotensi menggiatkan semula ekonomi dan merangsang pendapatan masyarakat setempat.
Jika ke Langkawi sudah tentu ramai inginkan suasana pantainya yang mendamaikan. Jadi, apa kata jika korang ‘cuci mata’ dulu melihat antara hotel tepi pantai yang best untuk dikunjungi.
Let’s check this out!
Hotel tepi Pantai Cenang ini diinspirasi dengan gaya Melayu dengan dikelilingi suasana hijau. Mempunyai bilik yang luas, pada waktu malam korang juga boleh bersiar-siar di kawasan Cenang.
Sesuai untuk korang yang datang dengan keluarga dan mahukan hotel tepi pantai dengan harga sederhana. Holiday Villa Langkawi mempunyai infinity pool yang luas, terletak di tepi pantai putih menghadap laut Selat Melaka.
Salah satu resort dengan harga sederhana, tetapi masih cukup memuaskan. Poolnya sedikit kecil, namun ada pantai di depan mata so korang boleh berenang sepuasnya.
Antara resort yang popular di Langkawi, Dash Resort merupakan pilihan anak muda kerana rekaan hiasan infrastruktur hotelnya yang cantik dan moden. Setiap petang, ada DJ live disini, membuatkan resort ini seperti dalam ‘party’.
Mempunyai private beach seluas 2.5 kilometer, hotel tepi pantai ini adalah lokasi menarik untuk korang menikmati pemandangan senja di kawasan pantai Langkawi.
Sesuai untuk korang yang sukakan kedamaian hutan dengan bunyi unggas dan ombak, hotel ini juga mempunyai private beach seluas 3 kilometer.
Dekorasi bilik biasa-biasa sahaja, tetapi besar dan selesa. Harganya juga sederhana dan tidak terlalu mahal. Sesuai untuk korang yang suka bunyi ombak kerana villanya terletak di atas laut. Kesemua hotel yang disenaraikan ini adalah dengan bajet minima bawah RM600. Jadi, korang boleh pilih ikut kemampuan okay?
Ha, apa lagi guys, jom pakat ramai-ramai melawat pulau terbaik di Asia Tenggara ini!
BACA : KLIA & Langkawi International Airport Dipilih Antara Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2021
Sumber : 1
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.