Virus COVID-19 telah berada dalam komuniti masyarakat. Ramai yang tidak sedar mereka mungkin antara individu yang telah positif kerana tidak peka kepada symptom awal virus ini.
Antara tanda awal korang sudah dijangkiti ialah demam, selesema, batuk, sakit tekak dan sesak nafas. Biasanya bagi yang sudah teruk, komplikasi yang akan berlaku ialah akan berlaku jangkitan pada paru-paru, kegagalan buah pinggang, penyakit pernafasan AKUT teruk dan seterusnya kematian.
Jika ada tanda-tanda awal, segeralah bertemu doktor agar wabak ini tidak berjangkit dalam komuniti. Namun kerana kurangnya kepekaan kita, ia boleh mengubah seluruh kehidupan masyarakat.
Terkini, pusat beli belah Gamuda Walk di Kota Kemuning, Shah Alam ditutup tiga hari selepas seorang pekerja di pusat membeli belah itu disahkan positif COVID-19. Bahkan pekerja di pusat beli belah berkenaan mulai menjalani ujian swab bagi memastikan mereka tidak dijangkiti.
Ads
Dalam satu edaran media dari pusat beli belah berkenaan, pusat pengurusan Gamuda Walk Shopping Centre ditutup mulai 24-26 November bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan di seluruh bangunan shopping mall berkenaan.
Ads
Pusat beli belah ini dimiliki oleh Gamuda Land Sdn Bhd, pemaju hartanah terkemuka bagi memenuhi keperluan penduduk Kota Kemuning di kawasan berkenaan. Ia menawarkan kedai makanan dan minuman, pusat kecantikan dan kesihatan, hiburan, pasar raya serta perkhidmatan lain.
Apa pun sila ikut SOP, sentiasa gunakan pelitup muka, cuci tangan dan jaga jarak kerana kita tidak tahu siapa telah dijangkiti. Ini kerana kita tahu pusat beli belah masih menjadi tumpuan utama masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan harian. Sumber / Gambar : FB Gamuda Walk
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nahas pesawat Lion Air JT 610 yang terjadi semalam, 29 Oktober ternyata memberi berita duka buat pasangan pengantin Intan Indah Syari apabila bakal pasangan hidupnya, Rio Nanda Pratama antara yang berada dalam pesawat malang itu.
“Dia sudah melamar minggu lalu dan kami dijadualkan bernikah lagi dua minggu,” kata Intan Indah Syari yang menangis apabila mendapat khabar berita pesawat ini terhempas.
Intan tidak dapat menahan sebak saat bercerita mengenai bakal suaminya. Mereka dijangka mengadakan majlis pernikahan lagi dua minggu
Rio ada melamar pasangannya minggu lalu dan bakal bernikah lagi dua minggu. Kini segalanya tinggal kenangan
Tiada kata-kata mampu lahir dari mulutnya. Cuma dia memaklumkan Rio Nanda ada seminar di Jakarta dan dalam perjalanan pulang ke Pangkal Pinang.
“Semasa menghantarnya, dia sempat peluk lima kali dan pesan jaga diri baik-baik. Dia juga minta saya kuat. Sambil mengusap air mata yang tak henti mengalir, Intan menjelaskan bakal suaminya itu bekerja sebagai doktor di Rumah Sakit Bhakti Timah Pangkal Pinang.
“Dia ke Jakarta kerana perlu menghadiri seminar di Rumah Sakit Harapan Kita,” katanya yang datang bersama sepupunya, Bibi.
Pasangan ini hanya menunggu hari untuk disatukan sebagai suami isteri namun takdir menentukan segalanya
Di instagram Rio_Nanda_Pratama, ternyata ungkapannya yang berbunyi “tanganku tak akan sampai mengusap pipi lembutmu, kakiku tak akan kuat untuk berlari ke tempatmu, tapi doaku akan selalu menyapamu. Selamat ulangtahun, semoga kamu panjang umur dan bahagia selalu serta satu harapanku di saat hari bahagiamu ini, semoga kita selalu bersama dalam satu cinta yang utuh. Sekali lagi, happy birthday cintaku.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendedahan kes seorang penyanyi popular band 90-an kembali ditahan polis disebabkan isu dadah amat mengecewakan orang ramai.
Mamat Exist, 41 tahun dilaporkan ditahan di luar sebuah rumah kedai di Taman Perling, Johor Bahru dan didapati memiliki dadah jenis syabu (crystal methamphetamine) di dalam dompetnya malam tadi. Dia bagaimanapun tidak keseorangan dan ditemani oleh seorang kawan lelaki berusia 40 tahun.
Mamat Exist ketiga menyertai Gegar Vaganza.
Hasil ujian air kencing pula dilaporkan positif setelah penahanan mereka berdua disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asst. Kommissioner Mohd Taib Ahmad.
Apa yang mengecewakan ramai orang terutamanya netizen yang meminati penyanyi tersebut adalah kerana ini bukanlah kes dadah pertama yang melibatkannya.
Pada tahun 2017, Mamat telah mengaku bersalah mengambil methamphetamine pada tahun 2011. 5 tahun Mamat diikenakan pengawasan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan malangnya, hasrat Mamat untuk kembali sebagai ‘penyanyi bersih dadah’ terbantut dengan penahanan semalam.
Adakah benar jika seseorang pernah bergelar penagih dadah, peluang untuk tidak melakukannya lagi adalah tipis?
*
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhiyddin Yassin penah memaklumkan bahawa kaum Melayu menjuarai carta paling ramai terlibat dengan dadah iaitu 88,522 orang ataupun 80.6 peratus berbanding kaum lain.
Jelas beliau, statistik ini berdasarkan laporan salah guna dadah daripada pihak berkuasa dan AADK sendiri. Penagih Melayu yang paling ramai terlibat adalah dari golongan remaja dan belia.
Bayangkan, penagih berusia 19-39 tahun saja mencatatkan bilangan penagih paling ramai iaitu sebanyak 80,598 orang atau 73.4 % diikuti golongan dewasa (40 tahun ke atas) seramai 26,197 orang atau 23.9 %.
Bagi penagih remaja dari usia 13 hingga 18 tahun saja sudah seramai 3043 orang atau 2.8 peratus!
Kaum Melayu menjuarai paling tinggi terlibat dengan najis dadah iaitu kira-kira 80 peratus
Datuk Yunus Pathi bersama tenaga sukarelawan yang membantunya di Rumah Pengasih
REMAJA tampil menemu ramah Presiden Rumah Pengasih Malaysia iaitu Datuk Mohd Yunus Pathi. Beliau sendiri sudah lebih 35 tahun bebas daripada najis dadah.
Bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan, Rumah Pengasih bertindak sebagai pusat pemulihan yang membantu sesiapa saja yang terlibat dengan penagihan dadah secara sukarela.
“Di sini kita amalkan konsep bantuan sainsm psikologi, sosial dan spiritual. Kita akan betulkan pola pemikiran mereka, bagaimana mengendalikan emosi, mengubah tingkah laku dan betulkan soal tanggungjawab di mana setiap insan itu berguna biarpun pernah buat silap sebelum ini,” kata beliau.
Rumah Pengasih juga bukan saja untuk kes penagih dadah tapi penagih alkohol, ponteng sekolah malah bekas-bekas banduan juga boleh turut serta dalam program mereka.
Dadah jenis crstal meth atau disebut juga methamphetamine seperti syabu, ais, pil kuda amat popular di kalangan remaja masa kini.Pil kuda amat banyak dan mudah didapati di kelab malam kerana penggunanya mahu menari sehingga tidak memikirkan apa-apa. Hanya mahu berseronok.
Beza dadah dulu dan sekarang?
Menurut Datuk Mohd Yunus Pathi, pola dadah dahulu dan sekarang begitu berbeza.
Kalau dahulu, dadah seperti heroin dan morfin merosakkan tubuh badan sehingga penagih ditemui dengan wajah cengkung. Tetapi trend dadah di kalangan remaja hari ini pula ialah crystal meth ataupun methamphetamine seperti syabu, ais, pil kuda dan sebutan lain. Semua itu dalam kategori yang sama.
Ddah jenis methamphetamine (syabu) mampu merosakkan pemikiran di mana halusinasi begitu tinggi. Beza dulu, tubuh badan jadi reput tapi sekarang otak boleh rosak terus,” katanya lagi.
Bagaimana nak kenal penagih dengan lebih awal?
Sukar bagi ibu bapa kenal pasti anak-anak terlibat dadah. Begitu juga sukar untuk kita tahu kawan kita menagih.
“Zaman dulu jika bau badan busuk dan mata merah, kita sudah boleh mengecam penagih. Tetapi sekarang, kesan methamphetamine tak sama bagi satu individu ke satu individu.
” Cuma kita boleh mengecam dari segi lain seperti tidur melebihi 8 jam, suka berkhayal dan pada waktu malam, mereka lebih terjerumus untuk keluar merayap hingga pagi,” katanya.
Golongan kanak-kanak biasanya bermula dengan menghidu gam sebelum terlibat dengan syabu, ais dan sebagainya apabila remaja kerana faktor kewangan
Boleh ke penagih dibantu oleh rakan sebaya?
Sebagai seorang yang “otai” dan memahami penagih dadah, Datuk Mohd Yunus Pathi ada jawapan kepada persoalan ini.
“Jauhi diri daripada mereka kerana seorang penagih mampu menarik orang lain menagih sama. Namun, jangan biarkan mereka bersendirian. Hubungi pihak berkuasa bagi menahan dan membantu mereka dengan proses rawatan.”
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Sambung beliau, “Itu tak bermakna mereka tidak boleh insaf setelah sekali tersilap langkah. Namun apabila mereka sedang menerima rawatan dan selepas disahkan sembuh, kita sebagai ahli keluarga dan rakan perlulah sentiasa memberikan sokongan moral dan spiritual kepadanya untuk berubah.
“Jangan ingat sekali dan bersih, akan bersih selamanya. Proses saling menyayangi dan menjaga antara satu sama lain perlu diteruskan.”
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mahkamah di Florida mendakwa, bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid itu “mempromosi, membantu, dan/atau secara aktif terbabit dalam menawarkan serta menjual sekuriti tidak berdaftar bersama Binance”.
Menurut akhbar The Times, plaintif kes ini mendakwa pembabitan Ronaldo dengan syarikat berkenaan menarik minat mereka untuk melabur tetapi akhirnya mengalami kerugian.
Penyerang Al-Nassr itu menandatangani perjanjian dengan Binance tahun lalu bagi mempromosi Non-Fungible Token (NFT).
Aset virtual itu digunakan untuk memiliki gambar atau video dalam talian yang boleh dijual beli.
Ronaldo dan Binance bekerjasama mencipta koleksi NFT pada November 2022 yang dikatakan sebagai hadiah kepada peminat setianya.
“Ia penting bagi saya untuk mencipta sesuatu yang unik dan akan menjadi kenang-kenangan buat peminat, kerana mereka adalah sebahagian besar daripada kejayaan saya.
“Dengan Binance, saya mampu membuat sesuatu yang bukan saja merakam minat terhadap sukan ini, tetapi memberikan pulangan kepada peminat di atas sokonga mereka selama ini,” kata Ronaldo ketika mempromosi koleksi NFT bersama Binance.
Awal bulan ini, pengasas bersama dan ketua eksekutif Binance, Changpeng Zhao, mengaku bersalah di atas dakwaan pengubahan wang haram.
Dia akan membayar denda berjumlah AS$50 juta (RM233.48 juta) – sebahagian daripada jumlah keseluruhan AS$4 bilion (RM18.68 bilion) yang perlu dibayar Binance untuk penyelesaian dengan mahkamah. – AGENSI
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: AGENSI, BERITA HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!