Virus COVID-19 telah berada dalam komuniti masyarakat. Ramai yang tidak sedar mereka mungkin antara individu yang telah positif kerana tidak peka kepada symptom awal virus ini.
Antara tanda awal korang sudah dijangkiti ialah demam, selesema, batuk, sakit tekak dan sesak nafas. Biasanya bagi yang sudah teruk, komplikasi yang akan berlaku ialah akan berlaku jangkitan pada paru-paru, kegagalan buah pinggang, penyakit pernafasan AKUT teruk dan seterusnya kematian.
Jika ada tanda-tanda awal, segeralah bertemu doktor agar wabak ini tidak berjangkit dalam komuniti. Namun kerana kurangnya kepekaan kita, ia boleh mengubah seluruh kehidupan masyarakat.
Baca sini : Doktor Kongsi Jika Ada 6 Tanda Serius Ini, Tandanya Korang Dah Dijangkiti COVID-19
Terkini, pusat beli belah Gamuda Walk di Kota Kemuning, Shah Alam ditutup tiga hari selepas seorang pekerja di pusat membeli belah itu disahkan positif COVID-19. Bahkan pekerja di pusat beli belah berkenaan mulai menjalani ujian swab bagi memastikan mereka tidak dijangkiti.
Dalam satu edaran media dari pusat beli belah berkenaan, pusat pengurusan Gamuda Walk Shopping Centre ditutup mulai 24-26 November bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan di seluruh bangunan shopping mall berkenaan.
Pusat beli belah ini dimiliki oleh Gamuda Land Sdn Bhd, pemaju hartanah terkemuka bagi memenuhi keperluan penduduk Kota Kemuning di kawasan berkenaan. Ia menawarkan kedai makanan dan minuman, pusat kecantikan dan kesihatan, hiburan, pasar raya serta perkhidmatan lain.
Apa pun sila ikut SOP, sentiasa gunakan pelitup muka, cuci tangan dan jaga jarak kerana kita tidak tahu siapa telah dijangkiti. Ini kerana kita tahu pusat beli belah masih menjadi tumpuan utama masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan harian. Sumber / Gambar : FB Gamuda Walk