Bagi menjelaskan segala reaksi tersebut, salah seorang daripada ahli kumpulannya yang juga pelakon, Azira Shafinaz memaklumkan terdapat segelintir pihak yang menyalah tafsir erti perkataan ‘alamak’ tersebut.
Sekaligus, Azira menepis dakwaan bahawa lagu berkenaan mengetengahkan unsur yang negatif terhadap sambutan hari raya Aidilfitri.
Ads
“Ramai tak tahu, sebenarnya lagu ini dah siap setahun lalu dan kami mahu keluarkan pada tahun 2023.
“Tapi disebabkan beberapa masalah, kami terpaksa tangguhkan ke tahun ini. Ada yang anggap perkataan ‘alamak’ itu untuk gambarkan suasana hari raya.
“Kami tak ada niat pun untuk mengatakan yang kami tak gembira untuk menyambut hari raya. Saya rasa ramai yang salah tafsir lagu itu,” katanya selepas tayangan perdana filem Sheriff, baru-baru ini.
Ads
Berkongsi pula mengenai lagu itu, Azira juga mendedahkan bahawa lagu Alamak Raya Lagi diilhamkan daripada situasi sambutan hari raya pada tahun 2022.
“Lagu ini inspirasinya raya terkejut 2022 sebab tu nak keluarkan pada tahun 2023. Kalau tengok lirik tu semua jadi huru-hara, apa yang berlaku semasa raya terkejut tahun itu.
“Ini adalah situasi di mana semua orang boleh kaitkan, memang indahnya raya tapi dalam masa yang sama ada momen ‘hiccup’.
Ads
“Alamak tak jadi itu, alamak tak jadi ini..contohnya begitu. Kami hanya mahu semua orang enjoy lagu ini, jangan fikir terlalu mendalam,” ujarnya lagi.
Sekadar info, selain menjadi pilihan kumpulan K-pop, TRI.BE, lagu ini juga menarik perhatian peminat di negara matahari terbit, Jepun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Industri penerbangan merupakan satu industri yang terkesan teruk dek pandemic Covid-19. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada syarikat-syarikat penerbangan di negara kita, rata-rata terpaksa mengecilkan operasi dan membuang ribuan pekerja.
Singapore Airlines tidak kurang juga menerima tamparan dek situasi ini, dikala keuntungan yang jatuh menjunam disebabkan pendemik, syarikat penerbangan negara kecil itu mengubah dua buah kapal terbang A380 menjadi restoran selama dua hari pada 24, 25, 31 Oktober dan 1 November ini.
Sumber gambar: Singapore Airlines A380 via straitstime.com
Apa yang mengejutkan, idea ini ternyata menjadi popular dan menurut laporan Bloomberg, semua tempat duduk dijual dalam masa 30 minit selepas pembukaan. Nampaknya, memang ramai yang rindukan suasana untuk duduk di dalam kapal terbang dan disaji oleh pramugari.
Harga makanan di kelas suite adalah S$ 642 (RM 1958.52), sementara tempat duduk di kelas perniagaan pula berharga S$ 321 (RM 979) dan kemudian turun menjadi S$ 96.30 (RM 293.78) untuk ekonomi premium dan S$ 53.50 (RM 163.21)untuk ekonomi. Pelanggan juga boleh membayar dengan menggunakan poin menerusi program penerbangan kerap yang mereka miliki.
Sumber gambar: Menu Suite via Singapore Airlines
Biarpun kapal terbang ini boleh memuatkan sehingga 471 penumpang, namun hanya separuh kerusi akan digunakan bagi mengamalkan penjarakan sosial, bahkan penjagaan rapi seperti pembersihan dan proses nyahkuman dilakukan demi kesejahteraan semua.
Menurut laporan Straits Times Singapura, jenis menu yang akan ditawarkan oleh restoran sementara ini merangkumi masakan antarabangsa dan juga masakan peranakan yang disediakan khas untuk restoran sementara ini.
***P/S- Rindunya nak travel! Makan makanan dalam kapal terbang antara highlight bagi penulis. Semoga pandemik Covid-19 ini segera hilang dan kita mampu untuk terbang semula ke destinasi pelancongan yang diimpikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada zaman moden hari ini, masyarakat kita semakin melupakan tradisi yang selama ini mengangkat dan membentuk peradaban bangsa.
Ingatkah kita dengan sejarah kerajaan melayu melaka, Legenda Hang Tuah dan sahabat serta banyak lagi merupakan kegemilangan tradisi bangsa melayu itu sendiri.
Berita baik buat korang yang merupakan peminat institusi Diraja dan penggemar barang-barang warisan Melayu, korang patut berkunjung ke Istana Budaya sekarang ni!
Ini kerana di situ berlangsungnya pameran replika tanjak terbesar iaitu tanjak Pahang ‘Lang Menyongsong Angin’ hiasan kepala yang digunakan Sultan Pahang untuk istiadat Diraja negeri.
Pemilihan tanjak tersebut bersesuaian dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berasal dari Pahang.
Tanjak yang berketinggian 3.66 meter itu dihasilkan oleh 15 ahli Persatuan Bentan Malaysia dan Istana Budaya dan memakan masa lebih 3 jam dengan menggunakan kain broked petang semalam.
Selain tanjak Pahang, turut dipamerkan tanjak Destar Sunda Menggamit, Tengkolok Belalai Gajah, Destar Datuk Bija Diraja dan Setanjak Balung Raja.
Pameran ‘Tanjak Terbesar’ yang diadakan hingga Mac ini bertujuan mengangkat kembali warisan kegemilangan Melayu ke tempat yang sewajarnya dan mendedahkan kepada generasi muda adat memakai tanjak, selain bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Menurut pihak penganjur, selepas pameran itu, kain tanjak akan dipotong menjadi helaian kain untuk dijadikan tanjak biasa dan akan diberikan kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim sebagai cenderahati bagi memperkasakan budaya, adat dan warisan Melayu.
So jom serbu Istana Budaya dan kenali budaya kita sendiri di pameran tanjak terbesar tu okay!
Filem tempatan hasil karya anak Malaysia sekali lagi berjaya membawa nama negara ke persada dunia apabila Imaginur tercalon dalam New York Asian Film Festival 2022 yang bakal berlangsung bermula 15 hingga 31 Julai ini.
Filem sains fiksyen ini diarahkan oleh Nik Amir Mustapha yang sebelum ini pernah mengarah dalam filem KIL dan Bisik Pada Langit. Berita ini telah pun dikongsi menerusi laman twitter Finas Malaysia yang menjelaskan bahawa Imaginur bakal dipertontonkan kepada penonton luar negara.
FINAS ingin merakamkan ucapan tahniah kepada filem cereka tempatan, ‘Imaginur’ arahan Pengarah Terbaik FFM26, Nik Amir Mustapha yang terpilih mewakili Malaysia dan telah diumumkan menembusi seleksi pencalonan Filem Cereka Terbaik (Uncaged Award for pic.twitter.com/4PisvYByv2
Imaginur menerima pencalonan dalam kategori Filem Cereka Terbaik (Uncaged Award for Best Features Film Competition) bersama enam lagi filem Asia yang lain yang tercalon dalam festival filem tersebut.
Dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Diana Danielle, filem ini dikhabarkan bakal ditayangkan di pawagam Malaysia dalam masa terdekat ini.
Namun begitu, disebalik kejayaan filem fiksyen tempatan ini, pelakon wanita Imaginur dilihat telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak mampu menyertai festival filem tersebut kerana tiada dana untuk trip ke sana.
But we couldnt afford to go bc we don’t have funds to cover the trip, oh well https://t.co/6Zuf0mnQeb
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada seluruh tenaga produksi filem Imaginur kerana berjaya menempatkan diri ke festival filem antarabangsa walaupun belum lagi ditayangkan di Malaysia. Semoga lebih banyak karya anak tempat mendapat pengiktirafan luar negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan selebriti terkenal, Mimi Lana dan Syafiq Kyle, hari ini selamat diijabkabulkan.Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon naskhah popular Andai Tiada Dia itu menerusi entri...