Fenomena lagu Alamak Raya Lagi! dendangan kumpulan popular, De Fam telah menyorot perhatian dan pelbagai reaksi ramai termasuk ilmuan agama.
Ia berikutan timbul dakwaan, lagu tersebut seolah-olah menggambarkan situasi tidak bersedia untuk hari lebaran yang diraikan umat Islam seluruh dunia.
BACA LAGI: Zul Ariffin Akui Ibu Sayang Gayatri Su-Lin – “Dah Biasa Raya Bersama”
Bagi menjelaskan segala reaksi tersebut, salah seorang daripada ahli kumpulannya yang juga pelakon, Azira Shafinaz memaklumkan terdapat segelintir pihak yang menyalah tafsir erti perkataan ‘alamak’ tersebut.
Sekaligus, Azira menepis dakwaan bahawa lagu berkenaan mengetengahkan unsur yang negatif terhadap sambutan hari raya Aidilfitri.
“Ramai tak tahu, sebenarnya lagu ini dah siap setahun lalu dan kami mahu keluarkan pada tahun 2023.
“Tapi disebabkan beberapa masalah, kami terpaksa tangguhkan ke tahun ini. Ada yang anggap perkataan ‘alamak’ itu untuk gambarkan suasana hari raya.
“Kami tak ada niat pun untuk mengatakan yang kami tak gembira untuk menyambut hari raya. Saya rasa ramai yang salah tafsir lagu itu,” katanya selepas tayangan perdana filem Sheriff, baru-baru ini.
Berkongsi pula mengenai lagu itu, Azira juga mendedahkan bahawa lagu Alamak Raya Lagi diilhamkan daripada situasi sambutan hari raya pada tahun 2022.
“Lagu ini inspirasinya raya terkejut 2022 sebab tu nak keluarkan pada tahun 2023. Kalau tengok lirik tu semua jadi huru-hara, apa yang berlaku semasa raya terkejut tahun itu.
“Ini adalah situasi di mana semua orang boleh kaitkan, memang indahnya raya tapi dalam masa yang sama ada momen ‘hiccup’.
“Alamak tak jadi itu, alamak tak jadi ini..contohnya begitu. Kami hanya mahu semua orang enjoy
lagu ini, jangan fikir terlalu mendalam,” ujarnya lagi.Sekadar info, selain menjadi pilihan kumpulan K-pop, TRI.BE, lagu ini juga menarik perhatian peminat di negara matahari terbit, Jepun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Azira Shafinaz