Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok (@kumamonjeng) menyaksikan seorang wanita dipercayai berasal dari Jepun itu sedang menikmati lagu dialek Kelantan iaitu Cinta Setandan Pisang yang dipopularkan oleh penyanyi Den Manjo and Eda Ezrin.
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita yang dikenali sebagai Kumamonjeng itu sedang membuat pergerakan mulut mengikut setiap satu lirik lagu berkenaan.
Kumamonjeng juga dilihat dapat membuat gerakan mulut ayat terkenal ‘Bae Sobar Bae’ dengan jelas seolah-olah sudah menghafal lagu itu.
Dalam video yang sama, wanita tersebut turut menunjukkan suasana penduduk setempat yang sedang bersiar-siar memakai pakaian tradisional seperti Kimono sekitar lorong di Jepun.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman X (@SenahDebab).
“Kelantan mendunia boh. Sampai ke Jepun perginya lagu ni,” ciap pemilik akaun tersebut.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata netizen terhibur dengan ‘kolaborasi’ tidak disangka antara Jepun dan Kelantan.
“Satu kolaborasi luar biasa antara orang Jepun dan Kelantan. Tak boleh berhenti gelak. Satu Dik soba dik!” kata seorang individu.
“Klate-Pop,” komen juga pengguna lain.
Malah, ada juga segelintir warga Kelantan yang berbangga kerana lagu dialek mereka diminati ramai.
Difahamkan, Kumamonjeng adalah seorang blogger pelancongan. Antara negara yang pernah dilawati adalah China, Korea Selatan, Indonesia, Itali, Thailand dan banyak lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bumi sememangnya planet yang indah dan ia merupakan satu-satunya planet yang memiliki kehidupan. Namun di sebalik keindahan ini, terdapat tempat yang sebenarnya berbahaya untuk dikunjungi salah satunya kawah berapi yang dikenali sebagai
“mouth of hell” di Turkmenistan.
Baru-baru ini, Presiden Turkmenistan iaitu Gurbanguly Berdimuhamedov membuat keputusan untuk menutup dengan segera kawah berapi yang dikenali sebagai “mouth of hell” itu.
Jelasnya, walaupun kawah berapi ini menjadi salah satu tarikan pelancong paling popular di Turkmenistan namun fenomena itu memberi kesan kepada alam sekitar gara-gara pembakaran yang berterusan sejak 50 tahun lalu.
Arahan itu dikeluarkan kepada menterinya agar mereka mencari pakar-pakar yang ada dalam usaha memadamkan pembakaran tersebut.
Untuk info, Kawah berapi ini turut dikenali sebagai gas Darvaza dalam bahasa Turkmenistan: Jähennem derwezesi. “Pintu Neraka” atau “Gerbang Neraka” ini pada mulanya ialah sebuah ladang gas alam yang terletak di Derweze, Turkmenistan, yang runtuh dan menjadi lubang besar, sekaligus membuatnya menjadi kawah gas alam.
Para ahli geologi membakarnya untuk mencegah penyebaran gas metana, dan telah terus menyala sejak tahun 1971. Diameter kawahnya mencapai 69 meter (226 ft), sedangkan kedalamannya mencapai 30 meter (98 ft)
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Harian Metro/ Insider
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum, seorang remaja maut selepas menyertai cabaran ‘Benadryl Challenge’ di aplikasi TikTok yang memerlukan pengguna mengambil ubat alahan melebihi dos disarankan.
Kali ini ubat batuk pula yang digunakan sebagai ‘ramuan lentok istimewa’ dalam masakan hidangan ayam yang dikenali sebagai ‘Cabaran Sleepy Chicken’. Trend yang sangat luar biasa dan berisiko ini menjadi tular di TikTok. ‘Sleepy Chicken’ juga telah mendapat banyak perhatian daripada doktor dan profesional perubatan.
Dalam laporan berita yang dikeluarkan di portal astro AWANI, Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran bahawa memasak ayam dalam ubat batuk seperti itu bukan sahaja menjadikan hidangan tersebut tidak menyelerakan tetapi juga boleh menjadi sangat berbahaya.
‘Cabaran Sleepy Chicken’ ini menyeru orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine, serta beberapa jenis ubat batuk lain.
Paling menakutkan, pakar juga mendakwa ubat yang dididihkan itu juga boleh menjadikannya lebih pekat dan mengubah sifatnya.
“Walaupun anda tidak makan ayam, menyedut wap ubat semasa memasak boleh menyebabkan tahap ubat yang tinggi memasuki badan anda, dan boleh membahayakan paru-paru,” jelas amaran FDA itu lagi.
Tiada kematian dilaporkan mengenai trend setakat ini. Tetapi pakar mencadangkan bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati dalam hal trend seperti Sleepy Chicken.
Hmm, walaupun korang suka berekperimentasi dengan masakan tapi jangan sampai membahayakan kesihatan dan diri okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini beberapa bandar di dunia telah dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown).Ia selepas virus pedemik koronavirus baharu (Covid-19) yang semakin menular.
Semalam, gara-gara poster ‘Malaysia Lockdown’ yang tular di laman media sosial, ramai rakyat Malaysia yang cemas dan terpinga-pinga sama ada ia adalah benar ataupun palsu.
Namun ianya adalah tidak benar dan palsu.
Namun jika ‘Lockdown’ ini benar-benar berlaku di Malaysia, Ini yang boleh kita lakukan.Kini banyak negara telah mengeluarkan perintah ‘lockdown’ dan pastinya rakyat Malaysia juga terkesan sama jika kerajaan Malaysia juga mengeluarkan perintah yang sama, apa yang perlu rakyat lakukan.
– ban travelling
– ban strictly public gathering.
– non essential business must close.
– schools, institutions to close
– only 1/family allowed to run chores#LockdownMalaysia is TEMPORARY.
— Rafidah Hanim Mokhtar (@DrRafidahHanim) March 16, 2020
Terdapat beberapa cara dan nasihat dari pakar yang boleh kamu lakukan jika situasi ‘lockdown’ berlaku.
Jangan Terlalu Menyendiri
Jika berlaku perintah berkurung, jangan terlalu menyendiri dan mengkuarantinkan diri kamu dari orang sekeliling kamu. Sepanjang tempoh ‘lockdown’ ini, kamu boleh menghubungi rakan dan ahli keluarga, bertanya khabar serta kesihatan mereka.
Sekurang-kurangnya dengan mengambil berat sesama sendiri tidak membuatkan diri kamu berasa sunyi dalam situasi getir sebegini.
2. Simpan Bekal Makanan
Mula simpan bekal makanan di rumah, tetapi pastikan barang yang di beli boleh di simpan dan digunakan untuk jangka masa yang panjang. Satu lagi, elakkan membeli barang yang tidak perlu agar tidak berlaku pembaziran, dalam masa-masa getir sebegini gunakan wang dengan bijak.
3. Cergaskan Diri Dengan Bersenam
Tertekan berkurung di rumah, kamu boleh lakukan aktiviti seperti bersenam di rumah. Dengan bersenam diri kamu pun akan berasa segar dan cergas setiap hari.
4. Rumah Bersih, Barulah Virus Tak Ada
Dijangkiti oleh virus adalah satu yang ditakuti oleh semua orang, oleh itu penting untuk kita semua pastikan bukan saja diri bebas dari kuman. Malah di rumah juga bebas kuman, dalam tempoh sebegini wajib bersihkan setiap sudut rumah dengan pembasmi kuman sama ada yang di buat sendiri atau guna yang sedia ada di pasaran.
5. Guna Internet Sebaik Mungkin
Sepanjang tempoh berkurung berlaku, kamu juga boleh menghabiskan masa dengan melayari internet dan mengetahui perkembangan semasa dalam dan luar negara setiap hari. Selain itu, kamu juga boleh mencari tips-tips menarik yang boleh dilakukan di rumah dan kongsikan bersama rakan dan ahli keluarga.
6. Plan Aktiviti Hiburan Sendiri
Siapa kata di rumah tidak boleh berhibur seperti di China, ibubapa di sana mencipta pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak mereka di rumah, sepanjang tempoh perintah berkurung berlaku. Antaranya mengadakan mini ‘fun fare’, aktiviti bermasak, pertandingan meneka gambar dan banyak lagi idea menarik yang mereka lakukan sepanjang tempoh ‘lockdown’ berjalan.
7. Lakukan Kerja Dari Rumah
Bagi yang bekerja pula, dalam perintah berkurung kamu hendaklah menyelesaikan segala tugasan yang diberikan oleh bos di rumah. Pastikan kamu dan rakan sekerja yang lain kekal berhubung menerusi email dan ruang chat bagi menyelesaikan hal-hal kerja sepanjang tempoh ‘lockdown’ dijalankan.
8. Jika Tertekan, Befrienders Ada Sebagai Teman
Jika kamu atau ada kenalan yang kamu kenali berasa risau dan terlalu cemas dengan perintah ‘lockdown’ yang dijalankan, apa yang boleh kamu lakukan adalah mendapatkan khidmat pakar Befrienders dan jangan menyendiri sehingga memberi kesan buruk pada diri mahupun orang sekeliling.
9. Jaga Kebersihan Diri, Patuhi Saranan KKM
Sepanjang tempoh perintah berkurung berlaku, pastikan kamu sentiasa menjaga kebersihan diri dan kerap membasuh tangan dengan sabun, pakai hand sansitizer dan topeng penutup mulut serta minimakan sentuhan bersama orang lain.
Apa yang penting, jika negara mengisytiharkan perintah ‘lockdown’ di harap kita semua tidak panik, tanganinya dengan tenang dan ikuti arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa Itu Lockdown
Untuk pengetahuan ‘Lockdown’ atau berkurung merupakan situasi di mana rakyat tidak dibenarkan masuk atau keluar dari bangunan atau kawasan sesuka hati atas faktor kecemasan. Seperti contoh di Wuhan, di mana rakyat mereka tidak dibenarkan masuk dan keluar dari bangunan kediaman mereka sesuka hati, hatta ke pasar dan farmasi bagi mendapatkan bekalan kerana khuatir penularan virus Covid-19 semakin berleluasa.
Tapi paling penting, jangan panik dengan khabar angin sebelum KKM atay kerajaan mengeluarkan apa-apa kenyataan.