Berita

Lagu ‘Bae Sobar Bae’ Dah Sampai Ke Jepun! -“Kelantan Mendunia Boh”

Share

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok (@kumamonjeng) menyaksikan seorang wanita dipercayai berasal dari Jepun itu sedang menikmati lagu dialek Kelantan iaitu Cinta Setandan Pisang yang dipopularkan oleh penyanyi Den Manjo and Eda Ezrin.

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita yang dikenali sebagai Kumamonjeng itu sedang membuat pergerakan mulut mengikut setiap satu lirik lagu berkenaan.

Kumamonjeng juga dilihat dapat membuat gerakan mulut ayat terkenal ‘Bae Sobar Bae’ dengan jelas seolah-olah sudah menghafal lagu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaya Disamakan Seperti Aina Abdul Dalam Gimme The Mic Malaysia, Berikut Fakta Menarik Shazreen Shaharum

Dalam video yang sama, wanita tersebut turut menunjukkan suasana penduduk setempat yang sedang bersiar-siar memakai pakaian tradisional seperti Kimono sekitar lorong di Jepun.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman X (@SenahDebab).

“Kelantan mendunia boh. Sampai ke Jepun perginya lagu ni,” ciap pemilik akaun tersebut.

Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata netizen terhibur dengan ‘kolaborasi’ tidak disangka antara Jepun dan Kelantan.

“Satu kolaborasi luar biasa antara orang Jepun dan Kelantan. Tak boleh berhenti gelak. Satu Dik soba dik!” kata seorang individu.

“Klate-Pop,” komen juga pengguna lain.

Malah, ada juga segelintir warga Kelantan yang berbangga kerana lagu dialek mereka diminati ramai.

Difahamkan, Kumamonjeng adalah seorang blogger pelancongan. Antara negara yang pernah dilawati adalah China, Korea Selatan, Indonesia, Itali, Thailand dan banyak lagi.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: X Senah Debab

Published by
Fath