“Lagu Ini Khas Untuk Semua Remaja Perempuan” – Yuna Lancar Pink Youth Berkonsep Anime

Share

 

Pada waktu kebanyakan penyanyi perempuan popular mengeluarkan single mengenai cinta, berbaur seksual dan mempunyai lirik yang tak habis-habis diulang beberapa kali, Yuna sekali lagi mencipta kelainan melalui single ketiganya berjudul Pink Youth.

 

Pink Youth memperdengarkan kesinambungan muzik daripada era Rouge Yuna. Bermula daripada Forevermore, Blank Marquee hingga kini Pink Youth, Yuna membuktikan masih banyak idea asal yang boleh diolah menjadi lagu selain daripada cinta dan sebagainya.

Menariknya, Pink Youth adalah untuk meraikan remaja perempuan seperti (sebahagian) daripada korang.

“Apabila saya menulis Pink Youth, saya ingin menyambut fakta bahawa saya adalah seorang perempuan. Dulu ketika saya masih muda, saya ingat ramai pihak yang tidak mempercayai bakat saya hanya disebabkan jantina saya. Mereka menganggap saya tidak mampu mencapai impian.

Pink Youth ialah untuk kesemua remaja perempuan di luar sana, yang tidak mendapat kata-kata semangat dan sokongan selayaknya.

“Ramai yang tak faham perasaan seorang perempuan muda yang tinggal di dunia sekarang yang berbahaya. Itu adalah inspirasi di sebalik konsep perempuan kuat di bandar Hong Kong yang telah di-anime-kan,” katanya.

 

Aww..cuba korang hayati pula lirik Pink Youth ini.

Don’t worry if I’m losing my sleep
Awake and I don’t wanna miss a thing, yeah
They don’t know what it means to be a girl
To live in a dangerous world

They ain’t ready for this pink youth
We come up to fight
Like diamonds shining in the sky
Girls like you and I

*

Pink Youth adalah sebuah projek kolaborasi Yuna bersama Little Simz dan merupakan single terakhir sebelum albumnya, Rouge dilancarkan pada 12 Julai kelak.

Cer tengok video klipnya di bawah.

Onz tak onz?

Published by
FZ