Platform penstriman atas talian, Netflix telah membuktikan bahawa ia adalah salah satu peneraju produksi drama dan filem yang mementingkan diversiti dalam kalangan pelakonnya.
Salah satu drama popular di Netflix yang dianggotai oleh pelakon berlainan kaum, adat dan warna kulit ialah Bridgerton. Tidak lama lagi, musim keduanya akan menemui penonton dan apa yang membuatkan ramai ternanti-nanti adalah kerana kemunculan beberapa pelakon baharu dari bangsa berlainan.
Dua orang pelakon berdarah kacukan Inggeris-India; Charithra Chandran dan Simone Ashley telahpun diambil bagi melakonkan watak adik-beradik Sharma pada musim kedua.
Untuk meraikan diversiti ini, produksi Bridgerton menjanjikan keistimewaan dari segi trek lagu yang akan dimainkan pada setiap episod.
Salah satunya ialah Kabhi Khushi Kabhie Gham nyanyian mendiang Lata Mangeshkar. Biarpun tiada kenyataan rasmi mengapa lagu tersebut menjadi antara yang dipilih, REMAJA prcaya produksi ingin memberi penghormatan kepada legasi Lata; lebih-lebih lagi setelah beliau menghembuskan nafas terakhir baru-baru ini.
Kata Charithra Chandran, 25 yang melakonkan watak Edwina Sharma, dia tidak dapat menahan air mata ketika lagu tersebut berkumandang semasa menonton previu.
“Filem (Kabhi Kushie Kabhi Gham) dan lagunya sudah menjadi ikonik dalam dunia Bollywood, semua orang membesar dengan mendengarkannya. Jadi apabila ia dimainkan, I was like, betulkah ini dan terus mengulang tayang. Lagu ini adalah ‘family song’ dan babak Bridgerton itu mewakili mesej yang sama. I love that.
“(Saya) menghantarkan mesej kepada Chris Van Dusen (penulis Bridgerton) dan memberitahunya babak tersebut membuatkan saya mengalirkan air mata kerana ia menggabungkan kedua-dua dunia saya; India dan Inggeris,” kata graduan Universiti Oxford itu.
Sementara itu, Simone Ashleyyang membawakan watak Kate Sharma dan buah hati kepada Anthony Bridgerton pula berkata, Bridgerton telah menjadi hit kerana ia mewakili pelbagai kebudayaan untuk dipertontonkan kepada penonton antarabangsa.
Ads
Pada zaman di mana ‘diversiti’ masih menjadi satu isu kompleks yang tercetus dalam dunia realiti, gambaran diversiti menerusi seni lakonan ini diharapkan mampu mengubah mindset penonton untuk menjadi lebih inklusif terhadap kepelbagaian latar belakang orang di sekeliling.
Musim kedua Bridgerton mengisahkan tentang Lord Anthony Bridgerton (lakonan Jonathan Bailey) yang sedang mencari calon isteri terbaik.
Sebagai abang sulung dalam keluarga aristokrat itu, dia perlu menjaga nama baik keluarga dan mencari calon yang menyamai taraf luar biasanya. Pencarian itu seakan menemui jalan buntu sehinggalah Kate Sharma dan adiknya, Edwina Sharma tiba dari India.
Ads
Tak sabarnya nak binge-watch Bridgerton pada hujung minggu ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seringkali apabila tiba musim Hari Raya Aidilfitri, perempuan akan buntu untuk mencari rekaan hijab paling menarik untuk digayakan dengan baju Raya.
Nak pilih warna solid, takut bosan. Nak pilih yang bercorak, takut terlalu sarat.
Haa, why not untuk tahun ini korang lakukan sesuatu yang berbeza dan padankan gaya hijab dengan seluruh ahli keluarga!
Nama pun beraya pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kan. Jadi tak salah untuk korang saling menyamakan gaya ahli keluarga like the one big happy family you are.
Istimewanya, korang boleh lakukan sedemikian dengan koleksi Hanami Lebaran 2020. Hari ini, Hanami baru saja melancarkan koleksi selendang (shawl) dan hijab sedia pakai (instant shawl) untuk dibawa beraya.
Koleksi ini diinspirasikan daripada lukisan bunga-bungaan yang terdapat di Jepun. Ia diolah kepada gaya moden untuk menambah sisi manis si pemakai.
Paling mencuri tumpuan penulis adalah set hijab dewasa dan kanak-kanak yang jarang sekali diperkenalkan oleh jenama hijab lain. Korang boleh saja memilih warna solid dan corak bungaan mengikut tema raya tahun ini.
Cer tengok di antara pilihan hijab favourite kami.
Bagaimanapun, jika korang ingin mendapatkan hijab baharu untuk diri sendiri saja bagi Hari Raya tahun ini, Hanami masih menyediakan solid colour & printed shawl yang cantik! Antaranya termasuklah..
Cantik kan!
Koleksi Hanami Lebaran 2020 boleh didapati bermula hari ini pada harga RM69 hingga RM89 setiap satu di laman web HijabsbyHanami dan juga daripada stokis Hanami yang berdaftar.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan ikon legenda muzik Bollywood, Udit Narayan baru-baru ini mengumumkan bakal menemui para peminat di Kuala Lumpur, Malaysia pada 28 Disember ini.
Menurut penganjur VVST Digital Creation berkata, konsert kali ini akan mengamit nostalgia para peminat lagu Hindustan dan membawa semula pengalaman zaman kegemilangan filem dan lagu Bollywood yang popular dari era 90-an sehingga hari ini.
“Kami mula menghubungi pasukan Udit sekitar Disember tahun lalu. Walaupun beliau satu nama besar dalam industri muzik Bollywood, tetapi segala proses berjalan dengan mudah”
“Kami juga mendapat persetujuan dari pihak Udit pada April lalu. Jika diikutkan jadual, beliau memang sangat sibuk kerana ada konsert besar di beberapa negara lain seperti Eropah dan UAE, tetapi disebabkan Udit sendiri teruja mendengar pelawaan kami. Akhirnya kami berjaya mendapat persetujuaannya,” jelas Pengarah First Pictures Sdn Bhd, Dzulhilmi Zainol.
Selain itu, wakil VVST Digital Creation, Gunasegaran Palanisamy juga berkata, konsep persembahan Udit Narayan juga menarik kerana para peminat yang membeli tiket berpeluang untuk mengundi lagu pilihan semasa konsert akan datang.
“Kami akan membuka sistem ‘polling’ di media sosial seperti Instagram dan Tiktok. Jadi kami akan senaraikan lagu mana yang mendapat undian terbanyak dan ia bakal dinyanyikan oleh Udit pada 28 Disember nanti”
Selain itu, Gunasegaran juga mengakui pihaknya sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan yang dianggarkan jutaan ringgit untuk membawa masuk penyanyi bertaraf legenda itu ke sini
“Kami tak nafikan untuk membawa Udit Narayan menelan belanja yang tinggi. Sebenarnya, kalau boleh kami tidak mahu dedahkan kerana ramai yang akan terkejut setelah mengetahui kos sebenar”
Dalam pada itu, antara fakta mengenai pelantun lagu Kaho Naa Pyaar Hai ini adalah beliau telah menyanyikan lebih 25,000 lagu dalam 36 bahasa sepanjang lebih tiga dekad kerjayanya. Terkenal dengan suara emas yang dipinjamkan kepada ‘3 King of Khans Bollywood’ seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan, Amir Khan, dan beberapa pelakon lain.
Penyanyi berusia 68 tahun itu juga dijangka membawakan 40 seleksi lagu popularnya dalam konsert yang dijangka berdurasi tiga jam.
Penganjur turut memaklumkan bakal mengundang tiga penyanyi Bollywood dan seorang penyanyi tempatan yang bakal diumumkan dalam waktu terdekat.
Tiket Konsert Udit Narayan Live In Kuala Lumpur 2024 sudah mula dijual bermula hari ini dengan harga bermula RM148 hingga RM1466.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kini, penyanyi indie-pop ini kembali dengan album penuh pertamanya, ‘Private Blizzard’! Tajuk album ini diambil daripada frasa “each in his own private blizzard” yang diambil dari puisi “The City Planners” oleh Margaret Atwood. Very mindful#MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia” />
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehilangan yang besar buat industri perfileman Thailand apabila pelakon filem seram popular Thailand, Nang Nak, Winai Kraibutr, 54, dilaporkan meninggal dunia.
Winai yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem romantik seram, Nang Nak (1999) meninggal dunia akibat penyakit Bullous Pemphigoid pada 20 Mac yang lepas, lapor portal 8days.
Ia merupakan penyakit kanser kulit yang jarang ditemui dan mendiang menderita penyakit tersebut sejak lima tahun lepas.
Menerusi satu hantaran di media sosial isterinya, Chonrada Saenrangsi memaklumkan mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok selepas alami masalah tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada salur darah.
Kata isterinya lagi, tahap kesihatan Winai merosot sejak 15 Mac yang lepas, sebelum diserang sawan dua hari kemudian. Selepas itu, mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri dan akhirnya disahkan meninggal dunia minggu lepas.
Menurut 8days, kehidupan Winai berubah selepas dia didiagnosis menghidap Bullous Pemphigoid, penyakit autoimun yang menyebabkan lepuh pada kulit pada tahun 2019.
Untuk info, Filem Nang Nak dilaporkan tersebut menempa kejayaan yang sangat hebat apabila menjadi filem pertama negara tersebut yang mencecah jualan tiket mencecah nilai 150 juta bath dan dia mendapat gelaran Hundred Million Hero.
Takziah kami ucapkan buat ahli keluarga Winai Kraibutr.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ratu cantik Malaysia, Rashmita Rasindran tampil membanggakan negara apabila dinobat sebagai juara pertandingan Miss Charm 2024 yang melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.Bertempat di...