Pelakon Menangis ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’ Dimainkan Dalam Bridgerton Musim 2

Share

 

Platform penstriman atas talian, Netflix telah membuktikan bahawa ia adalah salah satu peneraju produksi drama dan filem yang mementingkan diversiti dalam kalangan pelakonnya.

Salah satu drama popular di Netflix yang dianggotai oleh pelakon berlainan kaum, adat dan warna kulit ialah Bridgerton. Tidak lama lagi, musim keduanya akan menemui penonton dan apa yang membuatkan ramai ternanti-nanti adalah kerana kemunculan beberapa pelakon baharu dari bangsa berlainan.

Dua orang pelakon berdarah kacukan Inggeris-India; Charithra Chandran dan Simone Ashley telahpun diambil bagi melakonkan watak adik-beradik Sharma pada musim kedua.

Untuk meraikan diversiti ini, produksi Bridgerton menjanjikan keistimewaan dari segi trek lagu yang akan dimainkan pada setiap episod.

Salah satunya ialah Kabhi Khushi Kabhie Gham nyanyian mendiang Lata Mangeshkar. Biarpun tiada kenyataan rasmi mengapa lagu tersebut menjadi antara yang dipilih, REMAJA prcaya produksi ingin memberi penghormatan kepada legasi Lata; lebih-lebih lagi setelah beliau menghembuskan nafas terakhir baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Bendera Dikibar Separuh Tiang, India Hormati Pemergian Penyanyi Bollywood Lata Mangeshkar – REMAJA

Kata Charithra Chandran, 25 yang melakonkan watak Edwina Sharma, dia tidak dapat menahan air mata ketika lagu tersebut berkumandang semasa menonton previu.

Charithra Chandran.

“Filem (Kabhi Kushie Kabhi Gham) dan lagunya sudah menjadi ikonik dalam dunia Bollywood, semua orang membesar dengan mendengarkannya. Jadi apabila ia dimainkan, I was like, betulkah ini dan terus mengulang tayang. Lagu ini adalah ‘family song’ dan babak Bridgerton itu mewakili mesej yang sama. I love that.

“(Saya) menghantarkan mesej kepada Chris Van Dusen (penulis Bridgerton) dan memberitahunya babak tersebut membuatkan saya mengalirkan air mata kerana ia menggabungkan kedua-dua dunia saya; India dan Inggeris,” kata graduan Universiti Oxford itu.

Sementara itu, Simone Ashley yang membawakan watak Kate Sharma dan buah hati kepada Anthony Bridgerton pula berkata, Bridgerton telah menjadi hit kerana ia mewakili pelbagai kebudayaan untuk dipertontonkan kepada penonton antarabangsa.

Pada zaman di mana ‘diversiti’ masih menjadi satu isu kompleks yang tercetus dalam dunia realiti, gambaran diversiti menerusi seni lakonan ini diharapkan mampu mengubah mindset penonton untuk menjadi lebih inklusif terhadap kepelbagaian latar belakang orang di sekeliling.

Simone Ashley di samping Jonathan Bailey.

Musim kedua Bridgerton mengisahkan tentang Lord Anthony Bridgerton (lakonan Jonathan Bailey) yang sedang mencari calon isteri terbaik.

Sebagai abang sulung dalam keluarga aristokrat itu, dia perlu menjaga nama baik keluarga dan mencari calon yang menyamai taraf luar biasanya. Pencarian itu seakan menemui jalan buntu sehinggalah Kate Sharma dan adiknya, Edwina Sharma tiba dari India.

Tak sabarnya nak binge-watch Bridgerton pada hujung minggu ini!

BACA LAGI : Selain Bridgerton, 5 Lagi Drama Sah Buat Comeback Di Netflix – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ