Lagu ‘Pen-Pineapple-Apple-Pen’ Kembali Sempena Covid-19, Tukar Melodi Cuci Tangan. Kreatif!

Share

Korang ingatkah lagi dengan lagu yang pernah menjadi fenomena dunia pada tahun 2016, ‘Pen-Pineapple-Apple-Pen’ (PPAP) yang dinyanyikan oleh pelawak dan penyanyi Jepun, Pikotaro?

Kalau korang nak tahu, PPAP turut diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai lagu terpendek yang berjaya tersenarai dalam carta Billboard Hot 100 di Amerika Syarikat (AS). Ia menjadi begitu popular selepas penyanyi Justin Bieber memaklumkan menerusi Twitternya bahawa video PPAP adalah video kegemarannya di Internet.

Pembikinan video berkenaan yang hanya menelan kos 100,000 yen (RM3,987) menunjukkan Pikotaro memakai pa­kaian dengan corak haiwan menari sambil menyanyi lagu tersebut yang mempunyai lirik bahasa Inggeris ringkas seperti I have a pen. I have an apple. Apple pen.

Pada waktu itu juga, lagu PPAP berada di tangga 77 carta AS sekali gus menjadikan Pikotaro sebagai penyanyi lelaki Jepun pertama memasuki carta Billboard Hot 100 sejak 26 tahun lalu. Kini lagu berkenaan sudah ditonton lebih 136 juta di saluran Youtube.

Pikotaro atau nama sebenarnya Kazuhito Kosaka kini kembali menjadi top 5 trending di Twitter Jepun pada Isnin selepas memuat naik gubahan lagu PPAP itu kepada melodi mencuci tangan bagi meningkatkan kesedaran menangani wabak COVID-19.

Ia masih berjudul PPAP tetapi membawa maksud yang lain iaitu daripada ‘Pen-Pineapple-Apple-Pen’ kepada ‘Pray-for-People-and-Peace’.

Penyanyi dengan lagu fenomenanya ini turut memakai pakaian sama seperti mana pakaian dalam video PPAP dahulu.

Tonton lagu PPAP versi 2020 di bawah ini.

Kreatif betul idea orang Jepun ni.

Sumber : Japan Today

Published by
Nana